Friday, October 14, 2011

OH . stranger (!)



stranger.
aku "set"-kan dekat mind aku,
kau seorang yang sempurna dari segi fizikal dan paras rupa.
kacak, yang penting, sedap mata memandang.

berbaju merah. berkaca mata hitam yang berbingkai merah.
oh sungguh manis.
kejap. lagi sesuai aku kata, kau sungguh kacak. 
tampan, segak, bergaya. dan sifat-sifat yang sama makna dengan-nya
(!)

kau duduk betul betul  dekat dari pandangan mata aku,
kalau aku paling ke kiri,
maka nampak lah kau.
kau duduk, disatu sudut, di sebelah kiri aku. 
aku pulak, berdiri, betul betul di depan kau. tapi jauh.
jauh pun, tetap nampak kalau sama-sama paling.

seminit dua lepas tu, aku cuba paling ke kiri.
eh, aku nampak kau.
sungguh, kau sungguh kacak waktu tu.
dengan senyuman-mu.
dengan gelak tawamu.
dengan suara garau mu,-suara lelaki sejati.-
lagak gentle-men.
senang cerita, 
kau sungguh kacak di mata aku.
-dimata aku-

seminit dua lepas aku paling ke arah kau,
aku terus paling ke depan.
jantung ku berdegup kencang.
malu, aku takut kalau kau perasaan.
oh mata, kenapa susah sangat nak berhenti dari memandang?

lepas tu, teringin nak paling lagi.
zaaaapppp.
rupa-rupanya kau juga sedang melihatku.
seronok.
asyik.
tapi aku malu. dan akhirnya aku kalah.
aku dulu yang paling ke depan.

dan tiba-tiba rasa seronok rasa seronok .
bahagia 
aku paling lagi. kali ni, aku ingin melihatmu, lama-lama.
zasssssssssssss.
tiba-tiba kau hilang dari pandangan aku.
aku paling ke kiri,
tiada lagi kau.
cuma yang ku lihat hanya dinding batu.

oh. aku berangan dan berkhayal dalam imaginasi ku rupanya.
mencipta satu watak.
yang ku namakan dengan nama
"STRANGER"

:)




5 comments:

  1. waa hehe cm citer cinta korealak ekk

    ReplyDelete
  2. seronok berangan ni...
    hehheh...
    selalunya kita bila kita khayalkan seseorang yang entah siapa itu mungkin datang dari pertemuan yang lalu...mungkin kamu pernah tengok dia tapi tak kenal .cuma dia cukup sempurna untuk di letak kan dalam watak angan2 kita...:)

    ReplyDelete
  3. alahaii, berangan rupanyaa ~ hehe :D

    ReplyDelete
  4. Bukan M. Nasir yang dalaam iklan Kit-Kat tu ke yang Moy maksudkan stranger tu?

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)