Thursday, May 14, 2015

Titik warna




.


         Kehidupan itu ibarat sekeping kertas putih, yang dicorakkan dengan titik tiitik warna yang mewarnai tiap momen hidup. Jika kepingan kepingan kertas itu mewakili kehidupan, maka berkeping-keping kertas lah yang terconteng sebagai lakaran tiap momen hidupku. Tiap-tiap titik warna itu juga mewakili tiap tiap keburukan atau kebaikan yang pernah aku lakukan dalam hidupku, Jika titik-titik itu hitam kelam dan suram, maka penuhlah keburukan yang aku lakukan. Maka bolehkah aku dilabel sebagai manusia pendosa yang tak terampun Tuhan? Tidak. Sungguh, Tuhan itu Maha Pengampun dosa tiap hambanya. Subhanallah, betapa lemahnya seorang hamba ini dengan khilaf yang tak pernah henti. Tapi jika, titik warna itu indah, cantik dan berseri adakah syurga bakal menanti? Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui apakah balasan bakal menanti. 


Aku tahu Tuhan sentiasa ada disisi.
Aku tahu Tuhan sentiasa mendengar suara hati.
Aku tahu , Tuhan sudah tetapkan tiap yang bakal jadi.

Aku minta Tuhan terus menjaga hati ini,
agar mampu melawan tiap dugaan dunia dan lambaian bukan ajnabi.

Moga-moga Tuhan persabarkan aku.
Aku tahu Tuhan sudah tetapkan sesuatu terpaling indah buatku, pasti!

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)