Sunday, June 26, 2016

Tentang bintang



Lihat langit malam ini.
Bulan senyum terang,
tak seiring dengan perasaan.
Lihat bintang-bintang bertaburan,
Sinarannya jelas dan terang.

Cuba kau hulurkan tangan,
tak logik untuk kau capai apatah lagi untuk kau genggam sebutir bintang.


Begitu juga kamu,
ibarat sebutir bintang yang jauh di atas sana.
yang mampu aku perhatikan dari jauh,
walau kekadang kita berdekatan.
yang mampu aku doakan dalam diam.
yang tiba-tiba hadir tidak diundang.

tidak mengapa.
aku undur diri sebelum lebih parah.
kasih dan sayang itu lama-lama akan pudar bukan?
malah, bakal terpisah juga.



aku pergi dulu.
dan aku tinggalkan dengan satu persoalan.


"untuk apa berpegang pada hal yang tidak realistik?
bintang itu realistik, tetapi tidak logikal untuk dipetik,
kamu itu logikal, tetapi tidak realistik untuk aku simpan di dalam hati."

-AA

3 comments:

komen yang indah-indah sahaja :)