Monday, May 8, 2017

Pesan mak

Kata mak,

Cari harta sendiri. Bagi kukuh hal-hal peribadi.
dah ada harta, fikir kehendak diri yang satu lagi.
Kalau ada harta sendiri, tak susahkan laki sendiri.
Apa-apa hal jadi, boleh berdikari.

kata mak lagi, 

Yang boleh sembang apa sahaja,
yang tahu buat semua benda.
yang boleh terima keluarga dan kau seadanya.
yang boleh duduk, makan semeja.
makna kata ; tak cerewet dan boleh terima apa ada,
yang boleh susah dan senang bersama.

Soal rupa,
itu soal kedua.
Sejuk mata memandang sudah boleh diambil kira.
Yang penting, 
hati dia, ikhlas terima kau seadanya.



Mak awak macamana?
sekian.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)