.
Tahun
Dua Ribu Dua Belas. Genap,usiaku kini menginjak ke angka lapan
belas.Mungkin sudah matang dalam pemikiran. Mungkin sudah matang dalam
segala hal. Syukur padamu tuhan, untuk tahun yang ke lapan belas, kau
pinjamkan aku jasad ini, untuk sang roh terus menumpang belas
kasihan,meneruskan hidup di bumi indah ciptaan mu ,di dalam jasad muda
yang kau kurniakan ini. Harapan ku cuma ini, kau berikanlah aku kesihatan yang baik agar dipermudahkan segala urusan tanpa sakit. kau berikanlah aku keredhaan dalam setiap apa yang aku lakukan sebelum ini, dan di hari hari yang bakal aku lewati nanti. Kau
berikanlah keberkatan dan perlindungan dalam suka-duka hidup yang bakal
aku lalui nanti. Kau berikanlah kelonggaran andai kata akan ada
kesulitan yang bakal kau berikan padaku nanti.
buat semua teman :
"terima kasih buat semua yang ikhlas masih mengingati hari istimewa buat diri ini."
"terima kasih buat insan yang sudi sumbangkan suaramu , buat ku dimalam hari."
p/s: Tahun ke lapan belas ini, aku cuba untuk menjadi seorang yang benar-benar dewasa.
No comments:
Post a Comment
komen yang indah-indah sahaja :)