Wednesday, September 10, 2014

Dunia Baru

Twitter - @AzyAdnan


Assalamualaikum.


Satu cabaran dalam hidup bila semuanya berubah. Bila hidup kau dah tak sama macam yang sebelumnya. Bila kau terpaksa sendiri-sendiri buat semua benda. Dan sampai satu masa kau penat. Kau nak nangis. Bila kau tak tahu apa-apa dengan hidup yang orang panggil --BERDIKARI.

Ini dunia baru aku. Dunia yang mana aku sorang-sorang pelan-pelan nak adapt dengan dunia baru. Dunia universiti. Dunia yang bagi aku banyak cabaran. Dunia yang kadangkala buatkan kau jadi manusia lain daripada yang sebelumnya.

Maksud aku, menjadi manusia yang lebih matang. Manusia yang tahu macam mana nak bawak diri kat tempat orang, dengan kawan baru, dunia baru dan hidup yang baru.


Life--Totally changes.

Banyak yang berubah. Pelan-pelan kau kena terima setiap perubahan. dan pelan-pelan kau kena belajar kumpul rindu.

Tak mengapa jauh mana kita berada. Asalkan kita sentiasa dipeluk tuhan. Moga-moga dipermudahkan. aku pergi dulu. Tak lama. sekejap je. Jangan dirindu. *smile*

Tata semua.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)