Saturday, April 16, 2011

ku kejar kejar tapi tak dapat.!

aku just nak kongsikan cerita. kalau korang PERCAYA mungkin ia benar,kalau sebaliknya,mungkin cerita ini salah. korang fikirlah dan pilihlah,benar atau salah. up to u all lah. dimulakan cerita~

lina nih sorang budak perempuan biase jek. taklah cantek biase jek.. tak lah hot tapi orang kenal lah jugak. dia nih,baik lah jugak kadang kadang. ok,dia nih pemalu. hekhekhek. ah sape pun dia. dia tetap manusia biase jek. satu hari dia dah terjatuh cinta dengan someone nih. bukanlah putera raja,tapi orang biasa jek. bukan lah hencem benor macam abang anwar tapi bolehlah jugak,tapi  masih tidak boleh menandingi kekacakkan si farid kamil sayang.

seperti yang aku cakap,lina dah jatuh cinta dengan sorang budak nih. macamne dia boleh jatuh cinta dengan budak tuh.? entahlah. dia kata kat aku,dia jatuh cinta dekat budak tuh,sebab perasaan tuh yang datang dekat dia. dan dia rasa makin hari perasaan tuh dekat dihati dia. dia pun cakap,kawan kawan dia yang tolong ehem ehem kan dia dengan budak tuh. ok. lina jugak cakap,dia ade sorang kawan yang selalu nasihat kan dia,sorang lelaki dan sorang perempuan,tapi yang perempuan nih lah yang menjadi penasihat setia dia.

satu hari,lina luahkan perasaan dia dekat budak tuh. nih semua atas nasihat kawan dia yang lelaki sorang nih. satu malam,dia luahkan perasaan dia . yer,budak tuh kate bagi mase dekat dia untuk dia fikir dulu. lina setuju,lina pun kata,hati dan perasaan mana boleh main main. kira kala kita nakkan seseorang tuh,nak terima seseorang, hati kena ikhlas. kena jujur dengan perasaan sendiri.

lama lina tunggu,tunggu punya tunggu. masih sepi dia. lina citer ah dekat kawan dia yang lelaki nih, kawan dia cakap,kalau kita sabar menunggu insyaallah,kita akan dapat. yer ,lina masih sabar menunggu. satu hari kan,dengan berkat pertolongan kawan si lina yang perempuan sorang nih,budak lelaki tuh pun bagi la jawapan nye. ok. lina bahagia. gembira lagi. dia cakap dekat aku. dia gembira sangat,bila orang yang dia suka tuh terima dia.

malangnya,tak lame,..sekejap jek..lepas tuh,dia tinggal lina macam tuh jek....lina sedih,dah nasib kan...lina pun cakap. budak lelaki tuh,sebenarnye dah ada yang lain...dan sekarang,lina cakap,dia pun sebenarnya,masih menuggu ex dia yang bertahun lame dah putus. lina jugak cakap,si dia nih. masih sayang gila dekat ex dia yang lama nih,dan masih tunggu ex dia nih. akhirnya,lina redha mungkin,takdir dah tentukan segalanya. jadi..dia redha jek lah. kan orang kata,kumbang bukan seekor.~

dan sekarang,lina dengan hidup baru. mungkin tak lah baru sangat..macam biasa. perasaan dulu masih ada. sekarang,lina dah jatuh cinta dengan orang lain pulak. ok. lina cakap,at first tengok budak tuh,dia dah jatuh cinta. haha. lina lina. cepat sungguh kau jatuh cinta. lina ingat mamat nih,single mingle kott. suke lah konon. tapi,ternyata,tak. tekaannya salah. mamat yang dia jatuh cinta sekarang nih,rupa rupanya dan ada yang lain. err. lina jugak cakap,dia kenal sangat dengan orang tuh. ok. lina sedih. lina jugak cakap,dia cuma harap....dia takkan jumpe dengan mamat tuh lagi,...tapi lina nih bodoh lah jugak. dia mungkin tak fikir,sebab mungkin tiap tiap hari dia akan jumpe dengan mamat tuh,makin dia lari..makin kerap mamat tuh muncul....dan sekarang,lina hanya mampu memendam rasa. sampai bila.? aku pun tak tahu..tanyelah si lina tuhh...


aku cume share jek citer nih. aku tau tak menarik pun..
kan.
sape lina.?
entah. yang penting aku kenal dia. kenal sangat sangat, nghehehe.
.
THE END.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)