Friday, June 17, 2011

kenangan itu kenangan TERINDAH.

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan yang super duper ROCK. :) oh. hari ni,seharian dan sehingga kini menahan rasa sakit yang amat. oh. ini baru sikit,macam mana lah dengan orang yang memang dah menderita penyakit tu ek? astaga,memang tak sepatutnya aku mengeluh begini. oh,walau apa yang terjadi,penyakit tu datang dari ALLAH dan yang menyembuhkannya juga adalah DIA . sebenarnya itu alasan aku yang aku kira logik untuk aku tak payah makan ubat. ngehehehe. 

ok. just straight to the point.


KENANGAN also know as MEMORI

sedar tak sedar dah hampir 17 tahun aku hidup. bagi aku,ia bukan satu jangka waktu yang pendek . tapi panjang. oh alhamdulillah,aku masih diberi peluang oleh DIA yang MAHA ESA,untuk terus menikmati kehidupan di atas bumi ciptaan-NYA yang penuh dengan pelbagai dugaan hidup.

17 tahun,bukan waktu yang singkat. aku pun macam tak percaya,sedar tak sedar dah nak habis sekolah. dan andai kata masa tu boleh diundur,.....fiuh. kenyataannya tak kan? HAHAH angan angan yang tidak mungkin akan jadi kenyataan.

tiba tiba ilham yang dinanti dan diseru itu muncuk di kepala otak aku. alhamdulillah,otak aku masih berfungsi sepenuhnya.

tahun 1998 seingat aku,aku umur empat tahun. aku sah start sekolah tadika. emak aku yang hantar tiap tiap hari. nak dipendekkan cerita dalam kelas tu,aku je lah budak budak lagi yang lain semua umur 5 dan 6 tahun,ada kakak dan abang yang suka membuli aku . tarik rambut lah. tarik sepit rambut aku lah. tapi nasib lah cikgu tu makcik aku. tu yang aku suka.

tapi kau orang nak tahu? ada satu cerita disebalik cerita. HAHA. memang aku seronok sekolah. dan umur empat tahun. alhmdulillah aku dah pandai baca :) dan yang penting tiap tiap hari aku pergi sekolah aku nanges, act,bukanlah setiap hari,tapi permulaan nya,mungkin berpanjangan sampai dua tiga bulan kot aku nanges pergi sekolah. huhuhu

sampai sekolah jea aku nanges. dan yang aku ingat sampai sekarang ,satu hari tu,aku nanges teruk gila. sampai satu tahap,aku gigit tangan mak aku,dan aku lari sampai tepi hutan semata mata taknak pergi sekolah. haha. teruk kan aku? cengeng. orang sini kata,budak kuat nanges "kememe" hahaha.. dan itu lah aku masa kecik kecik. huh. mak aku selalu bukak cite tu. aku apa lagi,panas telinga. merah muka lah tahan malu. but,kenangan masa kecik lah yang banyak buat aku ketawa terbahak bahak.

dan satu lagi yang aku tak boleh lupa,first time pergi bercuti,umur empat tahun dekat langkawi,okei masa tu adik aku yang no. dua tu dah wujud dekat dunia ni, hahaha. pertama kali dan terakhir aku pergi langkawi. best gila gila lah satu famili pergi :) ada nenek aku and arwak nenek sedara aku,dan sampai hari ni,aku ingat lagi cousin aku,farid. and maybe dia sangat hencem sekarang (ayat tak boleh bla) hahaha. 


aku dengan sepupu aku

ni hah gambar time kecik dulu,aku pun tak ingat waktu ni umur aku berapa. HAHAHA. the most important semua tu masih segar dalam ingatan aku,kenangan time kecik dulu,kawan kawan aku,oh tidak mungkin akan aku lupakan semua tuh. dan semua kenangan itu akan aku abadikan sebagai kenangan terindah dalam hidup aku.

eh,nak cite pasal kenangan sepanjang 17 tahun hidup ni,bukan sikit,tapi panjang mahu beribu patah perkataan japgi. hohoh. i'll continue tomorro,insyaallah :)

k bbye.

5 comments:

  1. syukurilah nikmat kita selama kita hidup didunia ini.. and bersedialah menghadapi apa pon dugaan Allah

    ReplyDelete
  2. nikmati nikmat yan allah bagi :) hehe

    ReplyDelete
  3. ehh ehh , comel nye dua orang tu . wewitt !

    ReplyDelete
  4. mase kcik memang COMEL gila. hehe bila besar. :/

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)