Friday, August 19, 2011

Episod ramadhan dan raya : Aku dan Kueh Raya

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan yang super-duper ROCK :) kau orang sihat? : aku : oke-oke je. hati sakit. sakit hati --------"

..............................................................................................

malas betul nak menaip. bukan malas,tapi kurang rajin sebenarnya. tapi,hidup ni tak boleh nak malas-malas sangat :D . 

tiba-tiba datang. idea sebenarnya. teringat lebih kurang dua-minggu lagi nak raya.  eh. mak kata,minggu depan dah nak start buat kueh raya. minggu depan bermakna isnin ni. isnin ni bermakna lebih kurang dua hari lagi eh tiga hari lagi. eh entahlah. berapa hari lagi hari isnin ni? --------------------"

teringat kenangan masa dulu-dulu. HAHA. masa first time mak nak buat kueh raya. 2007 rasanya. macam-macam dugaan datang melanda,eh biasalah. cubaan pertama. masa mula-mula nak belajar banyak lah dugaan dan rintangannya.

yang aku tahu,orang yang pandai masak,tak semua benda yang dimasak akan menjadi. macam mak aku jugak. even mak pandai masak tapi,serius aku cakap,bab-bab buat kueh raya aku bagi 3 setengah bintang je daripada sepuluh. 

tu dulu. masa first first time  buat kueh raya. sekarang. , sekarang mungkin dah pro kot. tapi,ade je yang tak kena. lembik lah. kembang lah. kadang-kadang biskut coklat pun dah jadi macam kek coklat , . HAHA. tiap-tiap tahun mesti ade je yang tak kena. -----------"

teringat dulu,masa mula-mula mak buat kueh raya,buat biskut coklat , tiba-tiba biskut tu jadi kembang macam kek. pecah perut aku ketawa. aku dengan adik aku pulak,pergi kedai pergi belikan tepung . HAHA. yang aku ingat, naik moto kapcai bapak aku. . lampu pun tadek. . gelap sambil meraba-raba. (HAHA) takut jugak terlanggar apa-apa yang tak patut.

tapi,itulah kenangan pertama buat kueh raya,yang tak menjadi. last-last jadi jugak. asal boleh makan sudah. tehehehe.

ish. tak sabar nak buat kueh raya. yang terover excited nye aku. tapi last-last aku jugak yang malas nak menolong. hehehe.

......................................

psttt: tahun ni rasanya nak buat kek lah.
tehehehe.
(*_~)
yang aku tak sabar nak makan,kueh tat. wajib ada tu. kalau tak ,tak nak raya lah.
HAHHA.

.
.

kueh raya kegemaran kau orang apa?


kueh tat ni,aku google je.
teheheeh.
:)

#jom share kueh febret kome.

1 comment:

komen yang indah-indah sahaja :)