Friday, September 16, 2011

tengok bintang, , bila ........? :)

bintang, ada cahaya, berseri. 
banyak tak terkira, berjuta? berapa pun tak tahu.
orang kata, kalau rindu dekat "seseorang" , tengok lah bintang.
tengok bintang yang paling dekat dengan kita.
tengok bintang yang paling bersinar di mata kita. 
lepas tu, kata orang lagi, mesti orang tu pun akan ingat dekat kita.
mungkin.
itu kerja tuhan. kalau dia rindu, rindu lah.
kalau tak?
itu nasib kau lah.


**************************************************

tu "kalau" kan? dalam hidup ni, banyak betul "kalau".
semua nak "kalau" .
sampai bila nak berhenti sebut "kalau" . ?

cikgu aku pernah cakap,
kata dia, "jangan selalu sebut "kalau" " sebab, perkataan "kalau" ni kadang-kadang,
macam nak menyalahkan takdir,
nak melawan ketentuan takdir
aku serius,
memang serius, sampai sekarang pun aku ingat lagi --"

tapi, kita manusia, semua benda kita lupa.
semua benda kita leka.
selalu buat silap.
selalu buat salah.
manusia kan? manusia macam kita mana sempurna.

sekaya mana pun kau,
secantik dan sekacak mana pun kau.
kau tetap tak sempurna.

sebab?
sebab tak da manusia yang sempurna,
sempurna dimata?
itu mungkin.

tapi, realiti-nya.
kau tetap tak sempurna.

.
.

MAAFKAN AKU.

"kalau" lagi kan?

.

pssst: ini kenyataan. realiti kehidupan weyh. kadang kala kita tak sedar apa yang kita buat, apa yang kita cakap.
bila dah jadi, bila dah dapat masalah, bila dah tersepit, terkepit, baru nak menyesal.
sabar, sebab? semua masalah ada jalan penyelesaiannya.

think about it!

#Assalamualaikum, peeps :)



2 comments:

  1. aku mengharapkan dfikiran die memikirkan hal yg same dgn aku. :)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)