Monday, October 17, 2011

doktor, ubat air "orange's flavor" ade tak. . ?


   memandangkan ketidakstabilan kesihatan aku yang semakin menjadi-jadi (konon) , tengah hari tadi, mak aku ajak aku pergi klinik . dah tiga hari aku demam tak kebah-kebah. . (mak aku tak tau, aku sorok ubat bawah tilam. muehehe) .

    30 minit lepas sampai klinik, nurse yang bertugas tu panggil mak aku masuk, (mak aku pun nak buat check-up jugak) . lepas mak aku keluar, mak aku suruh aku masuk. 

watze.............
**kau tau tak, selama ni, kalau pergi jumpa doktor, mesti ada orang yang akan temankan.**
**kau tau tak, aku tak pernah masuk jumpa doktor sorang-sorang?**
**kau tau tak . . aku, takut nak jumpa doktor sorang-sorang?**

    tapi hari ni lain, aku masuk bilik tu, mengadap doktor tu, face to face, berdua-duaan lagi. . huarggggh. malu. malu :( . macam-macam doktor tu tanya. aku nak jawab pun jadi lupe nak cakap apa. bukan sebab aku takut, tapi aku malu.  nasib baik muka doktor tu cool je. tak garang pung :P hehe.

*************

     bila dapat ubat je, lepas bayar terus balik. oh ye, doktor tu bagi mc, tu pun untuk hari ni je, aku rasa esok maybe dah oke kot. serius duduk rumah pun bukan buat apa kan? tehehe. .  

     tapi kau tau? aku tak tahu kenapa tekak aku tak boleh terima ubat. kenapa ek, bila dah besar cenggini semua ubat jeni "pil-pil" dah lah pahit bebenor. kan bagus macam kecik-kecik dulu, semua ubat air, perisa oren, sirap. peh sedap hingga menjilat bibir, tapi sekarang?

     grrrr. tadi aku paksa diri aku makan ubat tu. tapi. . .  tak sampai sepuluh minit.  .  terus muntah. jahanam ==. 


jadi, kira oke lah kan, kalau aku sorok ubat tu bawah tilam? muehehe :P



p/s: okei tak blog ni? penat tau ubah suai. hehehe. daa. . . nak tito.

    


3 comments:

  1. salam...

    semoga cepat sembuh...dan kembali ceria sept sedia kala..:)

    ReplyDelete
  2. dah kalau hang dok sorok ubat tu jea bila nak baik kak long oiiiii????haha..

    alahai, ubat pil lagi okay dari ubat liquid aperr..ubt liquid dah terang2 rasa dia tu melekat kat lidah tekak dan bibir..erkkkk

    ReplyDelete
  3. hish2 cmner nak baik kalau sorok bwag tilam..adoi yunk oi..nnt melarat sakit tu..makan je ubat pil minum air banyak2. dewasa ni xde dah ubat air...

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)