Wednesday, November 23, 2011

sepi




**************************************************

bunyi kicauan burung masih tidak mampu menarik perhatian hati.
bunyi desiran angin masih tidak mampu ditangkap oleh cuping telinga. telinga. lubang telinga dan seangkatan dengannya.
tak dengar bukan bermaksud dia pekak.
tak layan bukan bemaksud dia tidak berperasaan.
itu semua kerana, hatinya yang sakit bak dihiris,

masih sepi.
bunyi nyamuk dekat tepi telinga pun, dia buat-buat tak dengar,
lantak lah kalau nyamuk nak hisap darah dia sampai habis pun,
dia tak peduli.
kaku.

burung-burung yang terbang berkicauan depan dia,
sambil bersiul-siulan pun, dia buat-buat tak nampak dan dengar.

pada dia, semua tu tak dapat tarik perhatian dia.
sepi, dan dia rasa masih sepi.

dia rindu,
rindu akan suara itu.
rindu akan setiap kata-kata yang selalu dia dengar melalui suara itu.

sejak dua tiga hari ni,.
langsung tak pernah dia dengar suara itu.
kemana?
kemana suara tu menghilang?
dia rindu,
itu pasti.
selagi suara itu hilang.
selagi suara tu masih tak kedengaran.
selagi tu lah, rasa sepi dihati dia,
WUJUD.

sekian, wasalam.

kau gantikan "dia" dengan "aku", dan sekarang, apa kau rasa?

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)