Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir,2012.

[Do follow me on twitter @AzyAdnan ]





           Assalamualaikum semua! Hah,akhirnya,aku paksa jari jemari untuk terus menaip tanpa henti sehingga ke noktah terakhir untuk entry kali ini. Maaf,masa yang aku ada cuma cukup-cukup sahaja untuk bernafas,dan berhenti menahan lelah. (maksud aku,aku sibuk bekerja.sangat?) Mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2012,dan terakhir juga sebelum aku kembali ke sekolah. yeah. ke sekolah! saya masih budak sekolah yang "nerd" atau bahasa pasar yang sering digunakan ialah,budak "skema". Berdekah.


       Sudah,cukup-cukup sudah untuk pendahuluan yang panjang berjela ,bagai pendahuluan karangan bahasa melayu pula,lagaknya.

       Sedar atau tak,tahukah anda,bahawa hari ini merupakan jumaat terakhir tahun 2012? Mungkinkah kita masih diberi peluang untuk terus berjumpa dengan jumaat pada tahun hadapan? Nantikan! semoga Allah,memberi kita peluang untuk terus bernafas. Hmm. Nyawa hanya pinjaman bukan? 



*************************************************


         Banyak cerita yang aku nak kongsi dengan semua. Tapi cerita paling sedih buat aku dan keluarga,pada hari Rabu,26 December 2012. Jam,9.30 malam. Betul kan,orang kata,jodoh,ajal,maut ,pertemuan semua ditangan tuhan. Dan dah tertulis juga tempoh masa kita menumpang didunia ciptaan tuhan ini. Senang cerita,setiap makhluk yang hidup,pasti akan mati juga. Walau kita tak tahu sebenarnya bila tiba masa malaikat cabut nyawa,roh dari jasad? kan? Allahuakbar. Dia maha mengetahui segalanya melebihi pengetahuan kita,bukan? Kini,dia pergi buat selama-lamanya. 


        Arwah baik orangnya,kelakar suka buat lawak. Bila dia pergi,rasa juga kehilangan. Bila tengok anak-anak arwah menangis,aku terfikir,bila tiba masa aku kehilangan nanti,beginikah aku ? Ya Allah,aku masih belum bersedia menerima kehilangan insan-insan yang paling aku sayang.


       Bila,sepupu aku cerita pasal arwah,dia tiba-tiba tersedu-sedu,sebaknya tak terkata,aku tanpa sengaja menangis bersama. Aku peluk bahunya,erat. Aku cuba untuk tenangkan dia sedangkan aku sendiri tak tahan. Ya Allah,hebatnya menanggung kesedihan bila insan yang tiada ganti tiba-tiba pergi buat selamanya. Allahuakbar. Aku kata padanya,tak baik terus menangis,redha dengan pemergiannya lebih baik dari terus meratap hiba,bukan?


        Bila tiba,jenazah siap dikafankan,dan tiba saat penghormatan terakhir buat jenazah,sebelum ditutup,aku hiba lagi. Ciuman terakhir dari mereka buat insan yang tiada ganti . Menangis lagi. Bagaimana hidup mereka tanpa seorang ayah disisi? Bahagia? Ya Allah. Hanya engkau yang maha mengetahui. Hanya doa sebagai pengganti diantara orang yang hidup didunia dengan yang telah pergi selamanya. Semoga roh dicucuri rahmat keatasnya,ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Tenang-tenanglah disana. Hanya doa buatmu,sebagai tanda ingatan dan rindu.


Alfatihah,buat seorang insan yang telah pergi selama-lamanya.




Ya Allah,aku belum mahu kehilangan kedua orang tuaku,masih banyak yang belum terbalas,
izinkan aku untuk membalas,jasa-jasa mereka terlebih dahulu,
sebelum aku kehilangan mereka.
Panjangkanlah umur kami,Ya Allah.

8 comments:

  1. Ya Allah sayunya. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga-moga begitu hendaknya. ;) amin!

      Delete
  2. baru perasan hari ni jumaat terakhir utk tahun ni..makin dekat dunia nak berakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua sudah tua..bongkok lima,mungkin :')

      Delete
  3. Al-Fatihah..
    moga roh Arwah dberkati dn dcucuri rhmat..

    ReplyDelete
  4. ucapan ikhlas takziah dr aku kepada keluarga si arwah di atas kehilangan. Si arwah pergi meninggalkan kerana Tuhan lagi sayangkan dia. semoga arwah dtempat dalam kalangan org yg beriman. amin dan al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. allah lebih sayang kan dia. setiap yang hidup akan merasai mati. pasti.

      Delete

komen yang indah-indah sahaja :)