Tuesday, May 27, 2014

Dari Hati

Twitter - @AzyAdnan


Hidup hari ini, masih seperti yang sebelumnya.
Masih sama dan tak mengubah apa-apa pun.

Hati masih seperti biasa, kondisinya masih diparas normal.
Perasaan pula, masih seperti dulu--
tak berubah---rasanya.


Seperti yang pernah aku kata dulu,
hidup ini bukan berserah semata kepada takdir.
Masih punya masa untuk berusaha merubah takdir.
Kerana aku percaya dengan kuasa tuhan yang mengatasi segalanya.
Teruskan usaha dan doa selagi terdaya--tak putus asa.

Satu kata yang tak pernah aku lupa,

"Doa itu datang daripada jiwa, bukan sekadar kata lidah semata."
Doa, tanpa jiwa--cuma doa kosong semata."

"Ya tuhan, dari hati, dari jiwa, aku memohon keredhaanMU, kau permudahkanlah segala urusan hidupku, jadikanlah aku seorang insan yang sabar dab tabah dengan ujianMU."


Amin. Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)