Thursday, December 24, 2015

Malam yang tidak didendang

Malam itu gelap--suram.
Langsung tidak didendang, 
Langsung sepi tak bersahutan.
Yang cuma ditemani cahaya bulan,
di sinari pula dengan jutaan bintang.


Tapi masih samar.
Mungkin ada sesuatu yang hilang.
Yang mana dulunya, 
Pasti ada lagu-lagu indah yang didendang,
buat peneman sunyinya malam.

Dan jika harus terus begini,
biarlah.
Sampai masanya nanti, malam hilang 
dan tibanya siang.

Tetapi aku masih mahu di sini.
setia menjadi peneman,
malam yang tidak didendang----

S
   u
     r
      a
        m.

2 comments:

komen yang indah-indah sahaja :)