Lewat petang itu, bersaksikan dua mata ini aku lihat sepasang merpati sedang mesra bercinta ;
Di saat itu aku tertanya-tanya siapakah gerangan yang berjaya mengukir senyum-senyum bahagia di setiap inci wajahmu ?
Kerana aku lihat, senyum itu cukup bahagia ; malah tersangat bahagia.
Aku kira, si dia pastinya telah berjaya menawan hati mu;
dan kamu tahu?
Di saat itu, aku merasakan seakan-akan,
ada belati tajam yang menyiat-nyiat sekeping hati, menjadi rabak,lunyai,hancur,
berkecai menjadi zarah-zarah kecil yang langsung tidak boleh tercantum kembali.
mungkin kamu tidak pernah peduli tentang tiap-tiap bahasa yang aku katakan ke kamu ; dan mungkin juga kamu fikir itu cuma bahasa bodoh yang tidak perlu kamu balas kembali.
tidak mengapa, sekurang-kurangnya, setelah sekian lama ia menjadi tanda tanya ; bersaksikan Mac ini, Tuhan pertunjukkan aku dengan jawapan dari Nya.
Tidak mengapa ; bukan salah kamu ;
salah aku, yang tidak tahu membezakan antara ; kata ya atau penolakan halus yang pernah kamu berikan kepada aku.
Mac, hari ini kau jadi saksi ; untuk aku padam episod luka ini ; biar jadi sejarah. Dan aku janji ; episod ini tidak akan bersambung lagi.
No comments:
Post a Comment
komen yang indah-indah sahaja :)