Thursday, November 9, 2017

lelaki misteri




Aku mencari, apa kata-kata paling indah untukku ungkapkan tentang isi hati ; namun ternyata tidak ada kata-kata paling indah, atau bahasa paling cantik, atau lukisan paling menawan untuk aku gambarkan tentang kamu ; ternyata, kamu terlalu kejam ; sehingga berjaya mencuri kata-kata sehinggakan aku tidak mampu menggubah walau sebaris puisi tentang kita.

seperti apakah kamu sebenarnya ?

sedangkan alam juga tidak mampu menterjemahnya ;


bukan seperti air yang selalu mengalir ; seperti cinta mu yang kerap hadir.
bukan seperti pelangi indah ditatap walau sebentar cuma kerana hadirmu walau tidak terlalu lama tetapi bayangmu tetap ada bersama.

seperti apakah kamu sebenarnya ?

terlalu misteri dan sukar untuk aku mengerti.


1 comment:

komen yang indah-indah sahaja :)