Tuesday, November 30, 2010

||SOYA susu KACANG SOYA.?||

hey! ! im back! fuhh..berjam jam mengadap komputer mencari maklumat yang tepat (koit) but..petang tdi kebosanan yang tahap dewa dewi..terus out n pegi lepak kejap kat rumah kawan till petang nak masuk maghrib tapi tak reti nak balik balik ^^..hehehe..btw,agak busy sedikit malam nie..heheh ^^ kat bawah kan ade beberapa siswa siswi dari universiti...(tak pasti) sedang mempelajari cara cara membuat...(rahsia) oooh! yang penting....hehehe.....awww! ! btw,ni nak cite pasal kacang soya lah ^^..err..fyi,aku tak suke soya....ada peristiwa buruk tentang soya dalam hidup aku..aku pun pelik kenapa aku *alah* dengan soya,but..aku tetap nak tahu apa kebaikan soya nih....orang kata soya ni..boleh mnyebabkan kanser..? ye ke..? err..jom bace !! :)






SEJARAH SOYA !!taupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.







Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).







Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.








KEBAIKAN SOYA !!



1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.



2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.



3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.



4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.



5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.



6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.



7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.



8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.





c.? sekarang anda dah tahu kan..apa kebaikan soya...tapi..betul ke..soya pun ade *keburukan* nye..? err....jom bace..





1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.



2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,.



3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.



4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya =tiada



5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:



* kembung perut,

* kekurangan asid amino,

* kerosakan pankreas.



Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya,





6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??



(http://scripters.ning.com/forum/topics/keburukan-soya)







sekarang..saya nak btaw..kenapa dan mengapa..saya tiba tiba alah dengan soya nih..
masa darjah 6,saya demam teruk jugak seminggu..demam panas..
stu hari tu..nak sangat minum soya..
ayah pun beli lah..
lepas minum saya terus *muntah* dan terus tak boleh telan apa apa makanan..
dan menyebabkan demam saya bertambah seminggu
:(:(
jadi..
dua minggu lah demam kan..
memang teruk sehingga saya *fobia* dengan soya..
tapi sekarang,
saya masih minum soya...
tapi
HANYA SOYA YANG DALAM PETI AIS...YANG BETUL BETUL SEJUK..
takkpun bila nak minum letak ais banyak banyak..
baru boleh minum! !
:):):):)
soya ohh soya! !
konklusinya..
saya memang tak *gemar* apa apa minuman
yang jenis *susu* nih..
eeee!
tak suke..
pelbagai alasan yang telah saya kemukan..
dan tolong..jangan paksa saya minum susu!!
:):):)
haha
^^
(hebat tak alasan.?)


okeyh..sampai sini jep...nak pergi bantai nasi lemak kat bawah bersama mereka aww!! (cover2)














4 comments:

  1. ohh..you like *minum soya* urghhh..oh tidakk!! soya hampir hampir *membunuh* selera saya :( selama sebulan :(

    ReplyDelete
  2. waaa...i love soya..ley jadikan kulit menjadi putih..huhu...

    ReplyDelete
  3. ohh...betul betul..tapi..ntah lah...maseh tidak dapat menerima nya.. ^^ haha

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)