Monday, May 9, 2011

dan bila jiwa dan hati kini kembali SEPI.

hidup umpama roda. aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu ku terangkan. mungkin ianya hanya satu pepatah. yang jelas. aku tidak tahu apakah maksudnya yang sebenar. yang aku tahu. hidup kita tidak akan sentiasa akan berada di atas. kadangkala yang sentiasa berada diatas tu,akan jatuh jugak. tak gitu.? kenyataan kan.? begitulah realiti kehidupan yang sebenar benarnya.

bukan itu.

jiwa ,hati. maafkan aku jika aku sentiasa melukakan perasaan kalian. bukan niat aku. sudah suratan takdir menentukan. ingin sekali aku bertanya. bagaimanakah rasanya bila hati kau dilukai.? tentu sakali sakit. perit kan.? begitu juga dengan aku. malah,aku bukan dilukai oleh sesiapa pun. cukup sekadar kau tahu,aku dilukakan oleh  hati,jiwa dan perasaan ku sendiri.

hadir dengan sendiri. bukan salah kau.

bukan salah kau. bukan jugak salah aku. dah memang suratan takdir. setiap manusia memiliki perasaan yang sama iaitu.? "kasih." manusia normal selalunya begitu. menyukai seseorang dalam diam. begitu juga aku. lebih parah lagi,bila manusia yang disukai itu telah dimiliki dan memiliki.

apa lagi yang tinggal?

apa lagi yang aku ada? apa lagi yang yang harus aku lakukan,melainkan pasrah dengan takdir yang telah ditakdirkan. lebih senang lagi tepat aku katakan,sekali lagi,aku bertepuk sebelah tangan.


No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)