Saturday, May 7, 2011

S E L A M A T | H A R I | E M A K ♥

MAK,ibu ,mama,mommy,umi dan segala panggilan untuk mak.
aku tetap memanggil mu dengan nama "mak".
berbeza sebutan,berbeza ejaan. tetapi,yang pastinya satu makna,satu erti,satu maksud.
tanpa mak dan ayah aku tiada di dunia ini.
tanpa mak yang sabar "menumpangkan" aku selama lebih kurang sembilan bulan didalam "perut" nya,maka tiada lah aku di dunia ini.

ya allah. syukur alhamdulillah.
kerana kau juga menghembuskan roh aku kedalam "rahim" mak dulu,
ya allah,terima kasih,syukur kerana kau memberi kekuatan kepada mak, sewaktu melahirkan aku dulu.
sesungguhnya  ya allah. aku bersyukur kepadamu,dikurniakan mak sepertinya.

di dunia ini,tiada yang lebih beerti melainkan mak.
walaupun mak selalu tiada bila aku bersedih. tetapi kadangkala yang aku ingat,bila aku sakit,bila aku rindu,bila aku berjauhan adalah mak. 
walaupun,kami kadangkala tidak sehaluan,tetapi yang yang selalu meniti dibibir ku adalah mak.

mak,aku tahu..kadangkala mak tak pernah bertanya tentang rasa hati ku ini,
tetapi aku tahu..mak selalu mendoakan kebaikan untuk aku.
begitu juga aku.
mak. walaupun mak sentiasa sibuk dengan kerja mak,tetapi aku tahu..semua itu untuk aku.

mak. setiap detik,setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap nafas yang aku hembus,
aku tidak pernah melupakan mak.
(malah ketika aku sedang asyik "online facebook" juga aku mengingati mak,)
mak..walau aku tak pernah mengucap kata sayang,pada mak,
tapi,dalam hati ini,hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ku ini,mak.
mak. aku tidak mampu untuk membayar segala jasa jasa mu padaku mak,
yang hanya aku mampu,adalah untuk mendoakan kesejahteraan  mak.

ya allah,kau sampai kan lah,perasaan sayang ku ini,kepada mak.
katakanlah kepada mak,aku terlalu menyayanginya,
aku tidak mampu,bukan kerana aku takut. tetapi,aku malu.
:)



MAK. semua orang ada mak,,mungkin ada diantara kita yang telah kehilangan mak,tetapi masih sempat menatap wajah mak,dan tidak kurang pula yang tidak pernah menatap wajah mah. tetapi,kita semua ada mak. semua makhluk yang diciptakan di bumi ini,ada mak.

aku panggil mak aku mak. tak glamour kan.? tapi,mak jugak. ada juga panggil mama,atau nak lagi best panggil mummy,tapi sama juga kan.? 

aku dengan mak,tidak serapat mana. nak dibandingkan aku dengan siapa ek.? sesiapa sahaja yang mungkin rapat dengan mak kau orang,aku tidak seperti kau orang. aku dengan mak tidak serapat mana. cukup aku katakan ,aku jarang berkongsi apa apa cerita tentang kehidupan aku. ya. mungkin ada..tetapi tidak lah sebanyak mana.

kau orang mesti pelik. tetapi itulah hakikatnya. aku jarang bercakap dengan mak. sebab mak selalu sibuk. tapi tidak lah sesibuk mana. bukan lah jarang tidak bercakap,selalu lah jugak kami bercakap. tetapi untuk berkongsi cerita tidak pernah lagi. mak aku,baik. mak aku pandai masak. mak selalu masak yang sedap sedap. dan yang paling penting aku tak pernah tahu masak. tetapi,mak pernah rasa nasi goreng yang aku masak,mak aku kata sedap. aku sendiri tidak tahu,ianya perli atau puji. tetapi aku rasa mak aku puji. kerana apa.?

kerana,bila aku rasa. ia memang sedap.

seminggu sekali,kadang kadang susah nak jumpa mak,seperti yang aku kata,mak sibuk. mak sibuk mengalahkan menteri. yang ada cuma ayah. setiap hari jumaat,aku sempat jumpa mak. dan setiap hari jumaat aku akam mendengar "bebelan" mak. kadang kadang aku buat buat tak dengar. itu salah. ini tak kena. tapi,selalunya mak marah sekejap sahaja. aku tahu,mak aku tahu aku tidak suka dipaksa paksa. tetapi kadangkala,mak aku suka memaksa dan mengambil kesempatan,dengan menggunakan kuasa veto ayah aku.

tak mengapa. aku tahu,mak buat semua ada sebab.

mak panggil aku along,dulu masa kecik kecik. waktu aku ada seoreang adik je,mak aku panggil aku adik jugak. walaupun aku dah ada adik. gelak lah. aku tak kisah. aku suka mak aku panggil aku adik. tapi,bila dah ada yang ketiga dan keempat. mak aku dah tak panggil aku adik,tetapi..mak aku panggil aku along. aku rindu nak dengar mak aku panggil aku adik.

bayangkanlah kalau hidup tanpa mak. mungkin aku lah manusia yang paling pendiam dekat dunia. ni. mungkin aku tidak rapat dengan mak. tetapi,bagaimana aku tanpa mak.?

luahan hati.

mak,along sayang mak sangat sangat. along malu nak cakap. yang along mampu,cakap dalam hati. bila tengok mak kerja siang malam. along sedih jugak. sebab mak tak macam mak orang lain yang ada masa dengan anak anak mereka. tapi,along tahu mak buat semua tu untuk kami. untuk bagi maki hidup selesa hingga hari ini.

mak ,along tahu. along selalu buat mak marah. mak pun tahu kan,along degil. tapi,mak,along tak da niat nak buat mak marah. mak tahu kan?

along,kagum dengan mak. along bersyukur,ada mak macam mak. apa yang mak buat. semua tu along bangga.

mak,along hanya mampu mendoakan kebaikan untuk mak,untuk balas jasa mak yang tinggi menggunung tu,along tak mampu mak. hanya tuhan je yang mampu balas semua kebaikan dan pengorbanan mak. walau kadang kadang mak merungut,mak marah. along tahu,mak bukan tak suka. tapi mak penat. along faham mak.  

ini untuk mak






mak,mama,mummy,momma,ibu,umi and so on we'd call our mom,happy mothers day,mak~ i love u,forever and always... u're my soul,ur are my heart.. i love u deep in my heart~ ♥ thank mom. thank for all "things" that u u have do for me...even u always busy with ur work. but, i know that all for us. ♥
.
..............

 
mak,suatu hari nanti. along akan cakap dekat mak,
"along sayang mak"
insyaallah.
tapi,sekarang,along malu lagi. tunggulah nanti..bila along dah besar,ye mak?
huhuhuhuh

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)