Monday, May 2, 2011

jiwa tenang,hati yang KOSONG.

diam...
kelu....
hampir berjam jam aku menghadap screen komputer ni. bukan tak da idea. bukan aku tak tahu nak taip apa. tapi,kotak fikiran aku seakan akan dikunci oleh sesuatu.


haaaaaaccuuuuuuum!

inilah masalahnya. berkali kali aku terbersin. sana sini virus ada dimana mana. apa puncanya aku pun tak tahu. mungkin kerana keadaan cuaca yang kadang kadang panas kadang kadang hujan dan kadang kadang turun salji. sejuk! (aku tipu,mana ada salji).


kosong lagi.


bukan aku tak tahu mengeja. tapi aku tak tahu nak taip apa. gerak gerak jari, sambil bermain dengan setiap huruf huruf diatas keyboard. taip,padam,taip,padam. idea tetap tak datang. sambil sambil itu,aku menjadi silent reader si DIA. sumpah. aku dah jatuh hati dengan segala hasil taipan si dia. dah lama jugak aku menjadi silent reader si DIA. hasil taipan nya bukan kosong. tapi berisi. sungguh. dia pandai bermain dengan bahasa. setiap hasil taipannya sangat puitis dan mungkin juga dia seorang yang berjiwa seni,halus.!


senyap. fikir.


aku fikir. apa yang patut aku lakukan sekarang. buku buku,seakan akan memanggil manggil aku.  melambai lambai tangan kearah aku. mereka ingin dimanja ingin dibelai.  diam. beku. tak diusik. kesian mereka. mereka mungkin menganggap aku seakan akan telah melupakan mereka. kesian mereka. aku bukan lupa. tapi aku sengaja membiarkan mereka terperap disetiap sudut rak buku. bukan apa. aku ingin mengosongkan kotak fikiran aku dahulu,sebelum aku mengisi segala ilmu yang ada dalam setiap tubuh mereka.


nah. otak aku terus kosong. bukan apa. aku tahu nak taip apa. tapi aku tak tahu bagaimana hendak aku mulakan bicara. sudahlah. aku mahu pergi. mungkin selepas pulang nanti,otak aku penuh . berisi dengan sesuatu untuk di kongsi.



wasalm.











No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)