Sunday, July 24, 2011

kasih yang suci,datang dari hati :)

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan yang super-duper ROCK :) how are youu? oh me? :: im ,fine. . thank you. huhu~ 


just straight to the "titik" . .



<3

tiba-tiba malam ni ada perasaan pulak. jadi teringin nak buat entry pasal "kasih sayang" oh goshh. aku nak cakap dulu,aku bukan nak buat entry pasal jiwang-jiwang. .


saban hari,malah setiap masa bibir kita tak lekang dari mengucapkan kata kata "sayang" nak nak yang dah ada pakwe makwe. . lagi lah tiap tiap hari nak bersayang sayang. sayang tetap sayang. kasih dan sayang bermaksud sesuatu yang dirasai oleh diri kita,dalam hati. . perasaan kita. . (teori sendiri)


google- 

Kasih sayang dan cinta (dalam bahasa Arab disebut Mahabbah) di segi bahasa adalah berasal daripada bening dan bersih, atau luapan hati dan gejolaknya, atau tenang dan teguh, atau gundah dan tiada tetap, atau inti sesuatu, atau usungan bejana/ bekas, atau buah hati. Batasan maknanya juga berbeza pendapat di kalangan ahli bahasa. Ada yang menyatakan sebagai kecenderungan secara terus menerus dengan disertai hati yang meluap-luap. Ada pula yang menyebut sebagai kecenderungan secara total kepada orang yang dicintai, kemudian engkau rela mengorbankan diri, nyawa dan hartamu demi dirinya, kemudian engkau mengikutinya secara sembunyi atau terang-terangan. Istilah yang sinonim dengan kasih sayang dan cinta ini amat banyak sehingga menjangkau 50 istilah. Penjelasan detail hendaklah dirujuk kepada buku penting tentang tajuk ini yang bernama : Cinta Dan Rindu Menurut al-Qur’an Dan al-Sunnah (Asal : Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaaqiin) 
oleh al- ‘Allaamah al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah r.a.. (9)


Bagi aku,orang yang ada perasaan 'sayang' tu adalah orang yang paling normal dan sempurna dalam dunia ni. . bagi aku lah. . sebab? setiap orang ada hak untuk merasai 'nikmat' kasih sayang tu. bukan kau dan kau je yang patut dapat dan boleh rasa. .

dan dan. . kasih sayang tu kan hak milik semua orang. . tak gitu? perasaan kasih sayang tu bukan untuk manusia dengan manusia jek. tapi,untuk semua makhluk yang bernyawa dan hidup di atas muka bumi ni.

maksudnya,

maksudnya dekat sini. . kita kenalah hargai semua benda yang diciptakan oleh ALLAH dekat bumi ni. . setiap benda yang bernyawa tu semua ada perasaan even benda tu "hanya seekor binatang." binatang pun ada perasaan lah weyh. kenapa tak percaya? aku berkata-kata berdasarkan bukti. kejap aku tunjuk. .


ni dia buktinya. kalau aku tunjuk monyet adan kucing ni dengan anak-anak diaorang korang mesti pernah tengok kan. 

tapi sekarang,monyet dengan kucing. bermakna.
binatang pun ada lah jugak perasaan "kasih dan sayang" sesama binatang.
bukan manusia jek yang ada perasaan sesama manusia
.

eh binatang pun tahu bercinta and perdi dating lah.
-.-


tapi,ada tapinya. ada jugak manusia yang jenis tak pernah nak menghargai nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh tuhan. 

contoh-manusia yang suka buang anak merata rata. mana letaknya perasaan "kasih sayang" tu sampaikan anak sendiri pun nak dibuang. kadang kadang aku tak faham kenapa dan mengapa ada jugak manusia yang sanggup buang anak sendiri.

ok. mungkin ada sebabnya. . tapi,banyak lagi cara lain yang diaorang boleh buat kan?

aku cakap senang lah ek? bukan aku yang tanggung -.- ok fine. im sorry . .


kesimpulannya,harimau yang makan orang ni pun,ada perasaan sayang dekat anak anak dorang. -.-


act,aku just nak cakap benda yang kat atas ni je.

I LOVE YOU
:)

bye

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)