Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN dah datang :) jom terawikh~

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan yang super-duper ROCK :) selamat pagi. . hari ni rajin pulak pagi pagi dah mula menaip. . tehehehe.


terawikh? tarawih? teraweh? soryy i dont know how to spell it. but selalu spell macam ni lah "terawikh" . :) tapi selalu sebut, "tarakuihh" sebab? sebab ramai yang pergi masjid tu. . nak nak bebudak. . pergi bukan nak solat sangat. tapi nak mentekedarah kuih-muih yang orang bawak. HAHA. budak-budak biasalah. . makan je yang dia orang tahu. tiba-tiba teringat dekat si gorilla. teehehehe.

oh alhamdulillah. sekali lagi dapat sambut puasa. masuk yang ni dah 12 tahun aku berpuasa. start puasa penuh masa umur 7 tahun. sebab puasa pun masa tu sebab nak dapat duit raya. kata mak,kalau nak duit raya banyak,kita kena puasa. HAHA. aku pun puasa lah. tehehe. padahal,mak saje je nak suruh aku belajar puasa. serius ni aku cakap,teruja lah dapat puasa penuh. masa umur 5,6 tahun aku belajar-belajar puasa dulu. tengahari bila dah azan zohor aku pun berbuka lah. HAHA. tapi,masa aku dah  umur 7 tahun baru aku puasa penuh. . alhamdulillah. 

ingat lagi. . masa umur 7 tahun,sepupu-sepupu aku selalu datang umah. ajak main sama sama. aku dah lah puasa. dia orang pulak boleh makan lagi. mak aku pun satu,siap goreng kan nugget untuk dia orang. HAHA. sabar je lah. aku tahan je. dugaan kan? buat-buat tak nampak je . nak telan air liur pun tak boleh. grrrr. .

tapi kadang-kadang kalau dahaga sangat . selalu lah jugak aku masuk keluar tandas. konon nak  basuh muka. tehehehe. sambil menyelam,minum air. ye tak?

tapi,biaslah perempuan kan. lepas je . kena tuttttt. jangan harap lah nak dapat puasa penuh. kalau dapat tu bersyukur sangat =.=. . hmmm~ tahun ni,entah dapat ke tak puasa penuh. . grrrr. . . . nikmat tu allah bagi,jadi kena lah besyukur dengan nikmat tu. HAHA kau orang puasa. aku boleh makan makan. HAHAHAHAH. . *evil laugh. .



dah dah. memandangkan esok puasa. insyaallah,walaupun tak umum lagi,tapi aku yakin esok memang dah puasa. :) jadi. malam ni insyaallah,nak terawih. besar weyh kelebihan terawih malam ni. . rugi kalau tak rebut peluang ni. kalau semua orang berkejar-kejar nak dapat kan fadilat terawih malam pertama ramadhan ni,aku pun tak nak ketinggaln :). tehehe.

meh sini aku nak share kelebihan solat terawih dari malam pertama sampai malam ketiga puluh :).

 

1. Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2.  Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3.  Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5.  Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8.  Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10.Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12.  Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13.  Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam ke empat belas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15.  Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

 16.Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17.  Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18.  Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19.  Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22.  Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27.  Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



insyaallah malam ni kalau tadek aral ke hape. aku nak pergi solat terawih dekat masjid. teheheh. :) tahun lepas pergi sekejap je lepas tu tak pergi-pergi. . tahun ni insyaallah,rajin :)


bye :) salam ramadhan al-mubarak~


dan malam ni dah nak start mengaji habiskan juzu' satu
:)
insyaallah.

7 comments:

  1. wahh..cik hani start pose penuh masa darjah 3.. sebelum tu, pose separuh hari je

    ReplyDelete
  2. hehe...maloo lak nk bgtau bila ila start puasa...tapi mmg lambat la...

    alhamdulillah..banyak fadhilat jika kita berterawih kan..jom2 ramai kita g solat terawih...

    salam ramadhan n selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  3. anis pon start pose mase dajah 1..heeee..toh pon jenuh arwah mak sogok denga itu ini..weeee..

    salam ramadhan dear..mudah mudahan puase tahun nie kite dapat tingkatkan lagi amalan kite..amin..:)

    ReplyDelete
  4. selamat ramadhan sayang.. :)

    ReplyDelete
  5. alin xingat masa bile start puasa penuh 30hari.yg ingat keje nak pujuk mak bagi berbuka tegahari je.hu3

    ReplyDelete
  6. nice info....tnx....singgah2 la sini ye :)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)