Thursday, August 4, 2011

"faedah" yang aku dapat bila bulan ramadhan.

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan yang super duper ROCK :)

motif:: letak gambar kurma sebab ada kaitan dengan bulan puasa.

pejam celik,pejam celik,celik tak pejam pejam dah nak masuk lima hari kita berpuasa. alhamdulillah. penuh lagi setakat ni. . kalau dulu dulu time belum aqil baligh time pose macam ni. . waktu dekat dekat nak berbuka pose tu,time tu lah aku keluar masuk bilik air. sambil menyelam minum air.

nak buang air kecik lah,air besar lah. padahal. . . basuh muka sambil telan air.

tu dulu. dulu. dah lepas. yang dah lepas biarkan berlalu. . .

tapi sekarang bila dah jadi budak matang sikit. bila dah masuk alam aqil baligh ni. . dengan ini diri dah berubah mula menjadi manusia yang berkualiti dan bermisi dan bermutu dan bla bla bla bla merepek. .


setiap tahun ada dua belas bulan. . dan bulan bulan yang paling aku tunggu bulan pose lah. . tiap tiap tahun aku tak sabar nak tunggu bulan pose. sebab lepas pose kita semua raya. time raya dapat duit raya. bila dapat duit raya. jadilah kaya sekejap bolehlah bergaya.

dah dah. bukan nak cerita pasal raya, nak cerita pasal faedah bulan pose ni,. . banyak benda yang aku dapat time pose sebulan ni. walaupun dah lama tak dapat pose penuh kan. adatlah kan kaum perempuan. tak payah nak malu malu. . orang lelaki mana ada. tu untung jadi perempuan. dan sebab tu,

ramai lelaki nak jadi perempuan. oppps soorriiiii. 

bila time pose ni,yang paling penting,

1. solat cukup lima waktu. bukan nak riak ke hape. tapi adatlah manusia selalu alfa dan leka. aku ini serius. bukan aku sorang tapi semua oranng pun macam tu. kadang-kadang terlepas subuh sebab terlambat bangun. kadang kadang terlepas isyak sebab terlajak tidur. sampai tak ingat dunia.

2. waktu bulan pose ni lah aku bangun awal-awal. bangun awal sebab nak sahur. dan kalau bangun awal boleh siap-siap awal pergi sekolah. almaklumlah naik bas,belum pukul tujuh,dah terpacak dekat sekolah. . --" act,aku mula mula je bangun tapi last last nak habis pose aku tidur je tak sahur. --" alasan,malas nak bangun. tapi tahun ni,aku nak sahur penuh. HAHAHA. . sebab,sebab aku nak ambil berkat dan pahala sahur tu. . isk~

3. boleh bangun lambat. ni lah yang aku suka gila kalau bulan pose. tiap-tiap kali cuti  sekolah sabtu dengan ahad. selagi belum pukul dobelas jangan harap aku nak celik mata. ok demmm. HAHA. bukan aku sorang,tapi aku yakin gila ramai lagi orang kat luar sana macam aku. ecewah. . apa-apa pun kalau bangun tengahri sangat nanti kurang pulak pahal pose. . so,jangan lah nak amalkan sangat ok. kalau nak bangun lewat sangat. bangun lah pukul 10.59 pagi. tehehehe.

4. dapat eratkan silaturahim.  time bulan pose ni lah. waktu nak eratkan silaturahim antara keluarga. antara keluarga ok. bukan dengan jiran. maksud aku dekat sini,biasalah,kalau hari-hari biasa jangan harap aku nak dapat makan dengan family semua. kalau dapat pun,bukan semua ada. asyik-asyik mengadap muka-muka adik-adik aku yang tak pernah nak kenyang tu. HAHA. time bulan pose ni dapatlah sebulan makan sama sama dengan mak dengan ayah. biasalah keje kan. bulan puasa cuti sebulan full time dekat rumah. . --" korang mesti fikir,siap ada awan-awan dekat atas kepala kan? fikir apa lah pekerjaan mak bapak aku,sampai sebulan cuti. kan? HAHA. dah yang tu lain masa aku cerita lah.

5. dapat kawal NAFSU. biasalah, semua orang ada "nafsu" . lelaki ada satu tapi kadang kadang susah nak kawal. tengok perempuan,ada sembilan semua boleh kawal . HAHA. ok,maksud aku nafsu makan lah. , bulan pose ni. kenalah kawal sikit nafsu makan tu. tapi kadang kadang tak terkawal ada lah. HAHA.

6. dapat makan sedap-sedap. time time bulan pose ni, kalau berbuka,bukan sikit tapi penuh satu meja kueh mueh. almaklumlah mak aku rajin masak. cakap nak makan apa semua masak. tak payah beli. kalau beli tu membazir duit. kalau membazir duit,amalan syaitan tu membazir. . lagipun,makanan yang jual dekat bazar tu kadang kadang tak tahu elok ke tak. yelah. kadang kadang pepagi dah start jual.  jual dekat orang tak pose. . grrrr. bongok lah orang orang yang tak pose.


dah dah cukup lah. penat dah jari jemari aku nak menaip. banyak lagi faedah faedah yang aku dapat. kalau nak cerita sekali harung. memang tak kan lah nak siap sampai esok. tengok? banyak kan faedahnya. HAHAHA.

ok. stop it.

"keyboard" off. bye :)



3 comments:

  1. Solat SUKUP tu solat yg dilakukan pada hari wesak kan?.. XP

    ReplyDelete
  2. bab solat cukup 2 aku stuju sgt.xckp org lain,aku tengok diri sendiri jek jadi.hahah

    ReplyDelete
  3. aslan: grrrr. dah delete okei --"

    aleen:: memang ah :)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)