Friday, August 26, 2011

Manis-Manis Lebaran .

manis-manis lebaran,
teduh kasih,sesama manusia,
manis-manis lebaran,
madu rindu,seteguk bersama,
manis-manis lebaran,
salam kasih,mohon kemaafan,
manis-manis lebaran,
pesan rindu,orang dirantauan,


..............................................................................................................................



assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan yang super-duper rock :) salam lebaran. salam merdeka. :D. pejam celik,pejam celik dah 26 hari dah kita berpuasa, tiba lah detik-detik terakhir bulan ramadhan. sedih. sayu rasa hati bila ingatkan dah nak tinggalkan bulan penuh dengan seribu rahsia ni. 

hmmm. tadi,bila terdengar takbir raya,saja-saja cari dekat you-tube dengar sekejap terus tutup. sebak rasa hati aku. sayu gila rasa. bila terkenang-kenang orang jauh yang dah lama pergi tinggalkan kita. mereka-mereka yang dekat sana mesti sedih bila berakhir bulan ramadhan. sedangkan kita, kalau boleh nak cepat cepat raya. ------" aku tak tahu kenapa tahun ni, rasa sekejap sangat ramadhan dah nak pergi. 

sekejap. rasa baru semalam bangun sahur hari pertama puasa. dan sekarang dah tiba saat-saat akhir kita berpuasa. dan nanti, berakhir lah ramadhan . syawal pula yang menanti. entah sempat ke tidak, tahun depan kita sambut ramdhan sekali lagi. mana tahu, umur tak panjang. ajal maut ditangan tuhan,bukan? 

sempena lebaran yang bakal menjelma ni, aku dengan rendah diri nak mohon keampunan kepada semua yang mengenali diri ini, kau musuh aku ke, kau kawan baik aku ke, aku nak minta maaf ,andai kata ada terkasar bahasa , tersilap bicara, terkutuk dan termengata secara sengaja atau tak sengaja. kira halal segala-galanya. kosong-kosong lah kita yer,


adatlah kalau hari raya. sana-sini orang mengucap kata maaf. bermaaf-maafan. bak kata pepatah,buang yang keruh,ambil yang jernih. sama-sama lah kita mengalah. lupakan sengketa lama. :D .

dah. aku malas nak menaip panjang-panjang. kalau nak cerita pasal hari raya. sampai besok pun tak habis. banyak sangat cerita-nya. sini-sana orang cerita pasal raya. aku pun tak tahu bila tarikh kita raya. aku serius ni ,bukan main-main. start dari mula puasa, sampai lah dah 26 hari kita berpuasa, aku langsung tak tengok kalender. . jadi, aku sendiri tak tahu bila kita akan raya. kawan aku kata, selasa ni kita raya. eh yeke? dah nak dekat rupanya. 

dah, sekarang ni, tengah busy buat persiapan terakhir sebelum raya. mak aku tengah buat biskut kacang dekat dapur. . hehek. curi tulang sekejap. malam raya nanti,baru nak buat kek. tehehe :D

bai kawan kawan. selamat hari raya :)

.........................................................................................................................

pada yang tua,jangan lupa,
pada yang kurang,jangan sisihkan,
hari mulia,hari bahagia,
saling memohon kemaafan.
lupakan segala sengketa,
kita sesama insan,
lebaran mulia,sambut penuh kesyukuran.



selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin
:)
.
..



1 comment:

komen yang indah-indah sahaja :)