Monday, October 10, 2011

cerita budak nak . . . . . . .

-cerita budak nak . . . . . . . . . ambil SPM :)
          

    a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m :) maaf. aku hanya manusia biasa . yang dilahirkan untuk jadi yang biasa - biasa . tak sempurna segala benda kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna , tak kira lah dari segi fizikal ke, mental ke, rohani ke, . ada jugak sikit yang kurang kan? melainkan dia, nabi junjungan yang dikasihi.

dah. tujuan aku memulakan taipan hari ni, bukan nak cerita fasal, "perfect ke tak perfect"
*
lettgooo kita berstory.


  
  ceritanya, aku rasa mungkin tinggal lebih kurang dua tiga puluh lebih hari atau kurang lagi untuk tiba masa yang ku tunggu-tunggu selama ini. masa untuk sampai ke garisan penamat. bukan ke garisan penamat hidup. tetapi ke garisan penamat ketika menuntut ilmu di sekolah. - tuntut ilmu sampai mati. 

  tujuan  aku menaip entry ini, adalah untuk mencerita-kan bagaimana saat-saat akhir aku mengharungi detik-detik menjelang hari peperiksaan dalam hidup aku. (UPSR dengan PMR) - peh, bapak skema gila ayat. dan, memandangkan , tarikh keramat itu akan muncul sekali lagi dalam hidup-ku nanti, debaran di dada semakin terasa . degup jantung-ku semakin pantas berdetak,se-akan - akan pertama kali bertentang mata dengan si dia. (ceitt)

  dan kini, masa untuk menentukan arah tujuan hidup aku . oh. seorang warganegara malaysia yang berumur 17 tahun wajib menduduki sijil pelajaran malaysia. (SPM-serius, aku main hentam taip maksud SPM ni, betul ke tak?) dan, aku adalah salah seorang daripada puluhan ribu manusia yang berumur 17 tahun, dan berkewarganegaraan malaysia dan bersekolah. jadi, dengan kata lain, aku lah salah seorang calon manusia yang menduduki SPM kan?- ceitttt macam nak buat  pendahuluan karangan.

   aku nak cerita masa aku nak ambil PMR dulu, kalau nak cerita pasal UPSR tak sesuai kot, sebab . . masa tu akal pun tak cukup matang  lagi. baligh pun tak lagi (Kot) senang cerita, masa tu lebih kurang zaman gelap aku lah. semua benda masih samar-samar lagi. nak buat keputusan pun kurang reti. - enough. enough.

   serius aku cakap, aku ni salah seorang manusia last minute. semua benda last minute. buat semua benda last minute. maksud aku, belajar last minute. masa PMR dulu, sebulan masa bulan puasa, masa tu aku struggle habis-habisan baca buku sejarah dan semua subjek yang kena baca. - subjek yang kena ingat fakta, aku kena baca nak dekat periksa sebab, otak aku susah nak terima data, kalau baca awal-awal. senang cerita takut lupa ==. 

   dan lagi serius aku nak cerita, masa PMR dulu, aku tak pernah nak kira "berapa hari lagi tinggal nak periksa" sebab? sebab aku tak nak diri aku jadi tak tentu arah, bila aku tahu masa tu dah nak dekat. aku tak nak hidup aku lintang pukang, tunggang langgang bila aku tahu berapa hari lagi, berapa jam atau berapa saat lagi yang aku ada untuk hadap periksa yang betul tu ==.

    dan ia berterusan hingga ke hari ni, aku langsung tak kira berapa hari lagi hari nak SPM. bukan aku jenis manusia yang tak bertanggungjawab, tapi itu cara aku. macam yang aku taip dekat atas tu. aku tak nak membebankan otak aku dengan persoalan "berapa hari lagi, nak periksa?" - common lah, makin stress aku jadinya nanti.

pssst: dan sekarang tiba masa untuk aku struggle, untuk menjadikan sesuatu impian itu menjadi realiti. , ia takkan jadi realiti, tanpa usah yang berlipat kali ganda.

ye dak?


P/S: doakan kejayaan saya :) ngehngeh.


4 comments:

  1. semoga brjaya spm..InsyaAllah,boleh buat.=)

    ReplyDelete
  2. good luck.. :)

    wish me luck too... :)

    jom kita sama2 struggle..yeahhh~

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)