Saturday, October 8, 2011

semua tentang HIDUP.

fact: life is short. too short. 
*




ku genggam kuat-kuat. walaupun yang hanya aku genggam tu cuma angin. lagak bagai buat penumbuk,genggam lima jari yang ada,  nak tumbuk muka orang. tapi tak kuat-sekuat manusia yang lain. 

"eh, sekadar bermain dengan emosi, . emosi yang tak pernah boleh dikawal oleh diri-sendiri."

aku tengok keliling aku, walaupun aku tahu, keliling aku tiada sesiapa-pun. cuma batu, yang bukan makhluk bernyawa.  tak faham bahasa, tak faham resah yang aku rasa. 

manusia lain susah nak faham perasaan dan hati manusia yang lain, kerana manusia lain tidak boleh membaca akal fikiran manusia yang lain. - ah, ayat berbelit lagi. aku peduli apa. . 

"tiba - tiba ada sesuatu yang meng-spoilkan aku nak taip benda alah ni"


kadang kadang kalau duduk sorang-sorang  kan. aku selalu berangan. kalau tak berangan ingat balik kenangan masa dulu dulu. and the most memories that i can't forget till now, are when i was 4 years old. masa tu 1998 kot. aku dah mula masuk tadika. aku sekolah awal. masa tu yang aku tahu pergi sekolah jumpa kengkawan. kawan-kawan semua lebih tua dari aku. kakak-kakak dengan abang-abang junior yang suka sangat buli aku .


dan benda yang paling memalukan, bila tiap-tiap hari aku akan nangis bila pergi sekolah. paling teruk, aku gigit tangan mak aku, then aku lari semata-mata taknak pergi sekolah. lepas tu,mak aku terus rotan aku :( hehe. teruk kan?

the rest, when the first time i celebrated my birthday . and that time, aku baru tahu, apa itu "hari lahir" hari jadi" "birthday" and yang sama erti dengan-nya. bahagia, teruja dan terlampau gembira, kerana ? dapat hadiah banyak lah. apa pun hadiah yang aku dapat, tak kira lah sebiji pemadam pun, itu pun dikira hadiah kan?



tapi serius, aku dah tak ingat semua hadiah-hadiah yang aku dapat.
teehee.
dan mungkin segala benda tu dah tak wujud dekat dunia ni.


tapi itu dulu. past is past bebeh. time cant reverse.kali terakhir aku celebrated birthday, when i was standard 6, ah itu cerita lama kot. dan aku tak rasa yang celebrate birthday tu, benda wajib yang patut kita buat dalam hidup. bagi hadiah masa hari lahir pun bukan benda wajib. ucap takziah "happy birthday" pun bukan benda wajib yang patut kita buat. tapi tu semua macam tradisi kan. semua orang akan buat bila sampai masa tu.

kalau orang tak ingat birthday kita sikit, mulalah nak merajuk. nak terasa hati bagai. sedangkan, banyak lagi perkara penting yang kita kena ingat. tapi kan, kadang-kadang benda tu semua kita tak boleh pandang remeh,kan? mengingati "hari lahir" seseorang tu, sebagai tanda kita menghargai dan sentiasa ingat pada dia. tu lah sepatutnya. ingat mengingati sesama manusia. oh soo sweet bebeh.

dan sekarang aku tak faham kenapa tiba tiba aku cerita pasal ni? okei, aku ikut apa yang otak aku fikir, aku taip apa yang jari aku nak taip. serius akal dan otak sedang menguasai diri. err?


lagi lagi benda yang aku tak boleh lupa, bila masa bersama dengan kawan-kawan sepermainan masa kecik kecik dulu. serius aku cakap, kawan kawan masa kecik aku, semua lelaki. abang-abang yang sekarang semua dah habis sekolah. kenapa tak percaya?


aku ingat lagi, main baling selipar dekat tin, main rondes, main bola sepak, main guli, semua dengan budak lelaki. serius, dari kecik, tak dinafikan aku memang boleh dikategorikan sebagai salah seorang manusia yang lasak. tehee.


tapi bila besar sikit, tak dah main dengan budak lelaki, main masak masak pulak. aku ingat lagi, aku selalu main masak masak dengan ain. sedar tak sedar aku dengan dia dah kawan lebih sepuluh tahun. dari kecik kitaorang kawan. petang petang selalu main dekat padang sekolah dengan abang-abang tu semua dengan ain . at least, ada jugak perempuan. 




zaman kecik-kecik memang aku tak boleh lupa. serius aku cakap. kalau diberi peluang. aku nak undur balik masa zaman kanak kanak aku. rugi, kalau kita tak hargai masa zaman kanak kanak kita. kan? rugilah sapa yang dah tua tu :P eh, 17 tahun ni boleh dikategorikan budak budak lagi ni. hehe.


sekarang, aku ada adik, umur dia baru empat tahun. serius, mak aku dah hantar dia pergi sekolah tadika agama. dan sekarang dia sangat pandai berkata kata walaupun pelat. ==. dan perangai-nya yang kadang kadang annying membuatkan aku naik pening. hehe. tapi yang memalukan aku, first day dia sekolah. dia langsung tak takut and nangis macam aku dulu :( habis satu rumah duk pakat gelak dengan aku :( .

 gedik :P

dah. serius, aku sebenarnya, tak tahu nak taip apa lagi, kau tengoklah sekarang, aku dah jarang-jarang post entry kan? entahlah. malas, dan tak tahu nak taip apa. 

bai bai yayang.
:*



p/s: ni lah cerita hidup saya, walau tak sebest korang, tapi saya bahagia, kerana at least ada jugak perkara dan cerita yang boleh buat saya gelak :) hidup semua orang tak sama kan? jom kongsi cite kome :P

5 comments:

  1. baca entri ini, teringat gak zaman kecik2 rara dulu :( rindunyaaaa.

    ReplyDelete
  2. waktu fyza sekolah tadika pun selalu kena buli. fyza masuk tadika 6 tahun and ada beberapa org yg masuk awal. Kira macam otai la. Memang kerja nya asyik menangis je la. Plus masa tadika dulu fyza byk sgt cakap. Heee.. macam murai :P

    ReplyDelete
  3. oh. kau jenis menggigit rupanya.

    adik lelaki aku dulu masa kecil, dia gigit tangan mama masa mama nak pergi kerja.

    berdarah.

    aku rasa nak pijak muka adik aku.

    ReplyDelete
  4. hehe...

    sama la..ila pun mennagis sebab tak nak pergi tadika dulu....hehe

    tetiba teringat jugak n tersenyum..ehheh

    ReplyDelete
  5. haha , biasa ar tuh nanges2 ni . alahai rindunya masa kecik dulu !

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)