Wednesday, December 14, 2011

aku kata


 
 

 


aku nak marah, tapi kadang, aku tak tahu sebab apa, aku nak marah. mungkin kerana aku terlalu emosi. terbuai di dalam fikiran yang sedang berkecamuk. awas. jangan berani kau usik, kerana mungkin buruk padahnya.

kadang, aku pura-pura bahagia , gembira dan tertawa. sedangkan aku sendiri tak tahu untuk apa. sedangkan hati sendiri sedang berduka lara. aku mahu, mereka di sekililing aku, melihat aku sebagai seorang yang sentiasa ceria, bukan dengan wajah yang masam mencuka. tapi selalunya, aku tewas dengan perasaan sendiri. tak boleh kontrol langsung, sampai ada hati yang terguris.

cilake. sungguh tak guna. 

aku bahagia, bila dia yang aku suka juga turut bahagia. aku tak pernah peduli dengan apa yang dia rasa, suka atau benci, itu dia punya cerita. yang aku tahu, apa yang aku rasa pada dia. sentiasa sama. dan takkan pernah berubah. aku tak pernah harap untuk dia faham, kerana aku tahu, dia tak kan pernah mahu mengerti, apa yang ada dalam hati.

.
.
.
.
.
.
.
.
nota sepuluh jari: aku rasa,aku kehilangan dia buat selamanya.

5 comments:

  1. aloooo awat main dgn perasaan ni....meh sini cite mehhh

    ReplyDelete
  2. Sayang disebabkan kita ingin melihat orang lain bahagia kita sanggup korbankan kebahagiaan diri sendiri.Cari masa dan waktu yang sesuai untuk membuatkan diri rasa bahagia walaupun seketika.Kerana kita semua layak untuk mengecapi kebahagiaan. =)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)