Thursday, January 12, 2012

DIA insan istimewa.


Dia insan istimewa.Walaupun dia tidak sama seperti manusia lain yang sempurna fizikal-nya.Pertama kali aku melihat dia.Terasa ada satu perasaan sayu yang menusuk di tangkai hati ini.Tatkala dia cuba berjalan dengan segala kudrat yang dimiliki, terasa seperti hidupnya cukup menderita dengan kesengsaraan yang ditanggung sendiri.Keadaan itu telah membawa aku kedalam satu fikiran, bahawa tidak semua manusia itu sempurna pada sifat fizikal-nya.

Dan hari ini, aku bersyukur.Lahirnya aku kedunia menjadi seorang manusia yang sempurna fizikalnya.Walaupun aku tidak-lah secantik kau yang sedang membaca ini.Teman, sedarlah kamu,jika kamu mempunyai fikiran negatif tentang hidupmu, maka segeralah kamu membuang fikiran kolot kamu itu kedalam lautan.Kerana,jika kamu fikir hidup mu tidak sempurna,sedarkah kamu bahawa masih ada insan lain yang lahirnya sahaja tidak sempurna fizikalnya?


 notasepuluhjari: jika kamu fikir, kamu cukup sempurna dimata manusia,dari segi fizikal kamu yang cukup indah dipandang mata, tapi tidak-kah kamu terfikir wahai teman, adakah amalan mu, ibadat yang kamu lakukan itu, sudah cukup untuk kamu,menjadi insan sempurna untuk berdamping dengan ALLAH yang esa?


p/s: aku juga masih belum cukup amalnya.

5 comments:

  1. aku punya pemikiran yang sentiasa sangsi dengan diri sendiri.orang juga kata ianya adalah low self esteem sehingga kadang2 ianya memakan diri. :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 emosi ku mengejek ku...
    ekekekeke

    ReplyDelete
  3. Dunia ini, masih ada bahagian yang terindah. kan? :)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)