Tuesday, April 17, 2012

Penganggur, SPM dan Kekasih gelap.

♥ do follow me on twitter @azlyana_adnan ♥


assalamualaikum. kom apa kombett bet apa bett man..men apa mentol.
ok stop it.

Hai, nama aku Azlyana Binti Adnan.Aku blogger yang suam suam kuku, yang tak bertanggungjawab langsung nak update entry baru berberapa bulan ni. Tapi, kamu sebenarnya tak faham.Aku sebenarnya punya masalah yang lebih besar daripada masalah negara.Lebih besar daripada masalah politik yang tiada titik noktah.Masalah aku sebenarnya,CPU dekat rumah terkena virus selesema babi,so sekarang aku terpaksa bertapak dekat perpustakaan yang punya dua komputer dan seorang penjaga lelaki yang suka cari pasal dengan aku.Memang cinabengg.Dia kata aku "gemuk" k fine, makin hari,aku makin dapat terima kenyataan yang sememangnya aku memang "gemuk". cehh.

dah, cukuplah untuk seisi perkenalan semula,siapa aku.Aku nak cerita benda yang sepatutnya,

cerita satu: PENGANGGUR.

Buat pengetahun kamu semua, aku sekarang penganggur terhormat dekat kampung aku yang aman dan permai ini.Tapi hidup aku sekarang bukan makan,tido,dan menghabiskan duit mak bapak aje.Aku sekarang bekerja secara sukarela dengan Puan Emak .Buat itu,kemas rumah,tolong-tolong dekat kedai.Dapatlah duit belanja sekupang dua.Boleh lah beli seluar jins jenama "jin toncet" berharga 50 ringgit tolak harga diskaun. (Mesti jin sekarang tengah berbogel,sebab aku dah curi seluar dia,kan?) Kesimpulannya, hidup menjadi seorang penganggur ini sebenarnya memang tak BEST. So,being 18teen,is not funny and happy at all. (Bila lah nak pergi samnbung belajar)

cerita dua: SPM

Ini cerita lapuk sebenarnya.Cerita pasal result SPM , ea. ini memang lapuk macam Bujang Lapuk.Tapi aku nak cerita jugak.Aku peduli apa,kan? Buat pengetahuan semua result SPM aku ok-ok je. 50 happy. 50 sedih. Tapi bak kata Encik Ayah,kita kena bersyukur sebab tu lah rezeki yang ALLAH dah bagi.Nak bersedih dan menangis sampai bengkak mata pun tak guna.Yang penting kita dah usaha yang terbaik.So,buat cikgu-cikgu yang pernah mencurah ilmu kepada saya, terima kasih banyak-banyak. (paling puas bila subjek sejarah,aku dapat A+) hehehehe. Kamu semua nak tahu result aku? tak payahlah. (rasa sedih menggila juga ada, sebab aku dah buat yang ter-baik sampai tebal-tebal semua kertasa jawapan,tapi tu lah,semua yang terjadi dah ditakdirkan dan mungkin ada himah. mungkin rezeki dekat lain) So,sekarang aku tengah tunggu keputusan permohonan moga-moga dapat, eventgh terpaksa ubah haluan cita-cita.

cerita tiga: KEKASIH GELAP

Ah,parak.Aku sebenarnya malu nak cerita.Tapi aku peduli apa.Aku cuma taip apa yang rasa nak taip.So,kamu semua tak boleh kondem aku sesuka hati kamu.Hihihihi.Sebenarnya aku nak berhenti fikir soal kekasih,cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan-nya.Kenapa?

Kerana...aku nak fokus pada soal hidup,dan masalah-masalah yang perlu disettle-kan segera. Dan lagi,aku lebih senang berkawan daripada bercinta. Eh,lagi-lagi pulak, aku punya prinsip baru sekarang ni. hihihih.


ok lah kamu semua. Aku terpaksa berhenti dekat sini, kamu tahu kan .Perpustakaan ini bukan milik bapak dan emak aku, so, aku terpaksa lah dengan rela hati berhenti disini, mungkin esok lusa kita jumpa lagi. paling lama, mungkin dua tiga bulan. Nak lama lagi, mungkin tahun depan.

Assalamualaikum.
:)

2 comments:

  1. nice blog... btw done follow dear - Noob

    ReplyDelete
  2. hopefully awak dapat sambung study cepat-cepat, nanti tak de lah bosan lagi..hehe

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)