Thursday, June 12, 2014

Salam Nisfu Sya'ban

Twitter - @AzyAdnan

Assalamualaikum dan salam nisfu sya'ban.
12 Jun 2014 bersamaan 15 Syaaban.

Sebagai umat islam, kita disunatkan menghidupkan malam nisfu sya'ban dengan beribadah seperti membaca ayat suci al-quran, berzikir, berselawat dan berdoa ke hadrat Allah swt dengan niat :

1. Panjang umur semoga diberikan kesihatan yang sihat walafiat.

2. Dimurahkan rezeki dan mendapat rezeki yang halal dan diberkatiNya.

3. Memohon agar ditetapkan iman.


-- Panjang Umur.

Tuhan, aku sedar dalam melalui liku hidup, aku masih kurang ilmu agamanya. Masih lemah mengejar akhiratmu. Dugaan duniawi yang kadang mencabar iman ku. Panjangkanlah umurku ya Allah. Panjangkan umurku untuk mencari redha mu. Untuk mendapat rahmatmu. Amin Ya Rabb.

-- Rezeki.

Tuhan, berikanlah aku rezeki yang halal yang diberkatimu Ya Allah. Jauhkan aku dengan rezeki yang tidak diberkati mu. Amin Ya Rabb.

-- Iman.

Tuhan, teguhkan imanku. Kuatkan aku menghadapi dugaan duniawi, yang kadang melemahkan imanku. Lindungi aku ya Allah. 



Berkata Imam Syafie di dalam kitabnya(Al-Umm):
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.

2 comments:

  1. jadi, semoga dikurniakan umur panjang yg bermanfaat. iman yg tetap dan rezeki yg banyak lg dimanfaatkan sebaiknya.

    salam nisfu syaaban! :)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)