Monday, July 14, 2014

Harapan untuk esok

Twitter - @AzyAdnan



Cerita semalam.


Semalam , aku masih simpan harap pada satu harapan yang aku kira akan ada untuk aku di satu masa yang ditetap tuhan. 

Semalam juga, aku masih simpan satu ruang untuk aku isi dengan penuh kasih, seikhlasnya. Tetapi tak melebih kerana walau apa yang terjadi , tuhan masih menjadi cinta pertama.

Semalam juga aku bayangkan satu momen paling indah di saat kita berbalas senyum, duduk semeja bertukar cerita.

Semalam, masih aku wujudkan mimpi-mimpi antara kita walau tak seindah mana.

Cerita-cerita semalam yang terpaksa aku lupakan untuk terus melangkah ke hari esok.


Cerita hari ini.

Cerita realiti yang terpaksa aku terima kerana ini telah ditetap tuhan.

Harapan kosong yang masih aku simpan, terpaksa aku simpan atau mungkin terpaksa aku lupakan--pendam--dan buang jauh-jauh.

Benar, sakitnya bila simpan harap pada sesuatu yang tak terbalas.

Hari ini, aku harapkan tiada lagi mimpi-mimpi peneman lena. Bercukuplah bahagia di dalam mimpi sedangkan realitinya bezanya jauh sekali.

Benar, hidup di alam realiti jauh lebih manis walau ada pahitnya.

Sekurang-kurangnya berpijak di bumi yang nyata.

Cepat sedar, dari jauh tersasar. Kembali kepada fitrah. Yang hati sesama manusia ini berbeza. Tak sama. Tak boleh dipaksa untuk punya rasa yang sama.

Percaya pada apa yang telah di tetap tuhan untuk hari mendatang. Mungkin lebih manis.

Atau, jika sebaliknya...tak mengapa..untuk balasan khilaf kecil, hamba yang berdosa.


Untuk hari esok,
Masih ada harapan, yang aku simpan, walau tak sebesar mana.

Tapi masih ada.
Tetap ada.
Sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)