Monday, March 21, 2016

Impian yang tidak realistik




Aku ini gadis biasa-biasa yang mungkin tidak termasuk di dalam ciri-ciri Teman Wanita Pilihan.
Punya rupa biasa-biasa.
Punya tawa yang kadang-kadang tidak terkawal kuatnya.
Punya sifat kasar lebih daripada lembutnya.
Tidak pandai bergaya : asal boleh sahaja.
Tiada apa yang istimewa boleh aku jaja untuk memikat hati kamu.
Tetapi entah mengapa , aku langsung tidak pernah sedar akan kekurangan itu ;

Aku selalu angankan impian yang langsung tidak realistik pada penghujungnya.
Kerana itu,untuk tiap-tiap episod penantian itu ; impian aku selalu tidak kesampaian.

Lebih baik aku move-one dengan impian yang lebih realistik;

untuk memiliki Cinta seikhlasnya dari Tuhan.
untuk menjadi hamba yang paling taat ; dan setia pada Tuhan.
Moga-moga Tuhan jagakan hati ini untuk tidak mempersiakannya lagi.

Kerana apa? Kerana Tuhan tidak pernah memilih untuk menerima Cinta daripada hambanya.
Moga-moga Cinta yang aku berikan ini membuatkan aku semakin dekat dipeluk Tuhan.




Aku cuma ada hati yang boleh aku jaga ; seikhlasnya.
Aku cuma punya setia yang boleh aku simpan ; untuk kau seoarang.

Tetapi, aku sudah putus harap dengan manusia ; biarlah Tuhan simpan hati ini,
untuk orang yang tahu menghargai.


p/s : hai stalker ; kalau stalk tandanya awak rindu. 
*huahahahaha*
-ketawa jahat.

6 comments:

  1. mengimpikan cinta dari tuhan lebih mulia dan agung dari impian lain.. semoga berjaya mencapai impian itu.. ^^

    singgah + follow sini.. ^^

    jemput join segmen shawal.. :)

    http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga-moga tuhn tetapkan hati ini dan juga hati-hati kita untuk terus setia padaNYA

      Delete
  2. Cinta dari Allah adalah lebih agung serta mulia. ☺ Semoga Allah tetapkan hati A selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah Tuhan tetapkan hati-hati kita yang memilih untuk bersama keredhaannya :)

      Delete
  3. Replies
    1. susah nak didik ; pelan-pelan beserta positif. inshaallah. dugaannya banyak bertabahlah. kebaikan selalunya dengan dugaan. bukan apa; dihujungnya nanti barulah kita rasa manisnya.;')

      Delete

komen yang indah-indah sahaja :)