Sunday, May 29, 2016

KEMPEN TAJA SHOPPING RAYA 2016

Assalamualaikum semua.
Catatan kali ini serius dan saya mohon kalian membacanya dengan nada serius

Saya menulis ini dengan harapan dibaca oleh semua blogger2 yang lain. Yang boleh menyebarkan berita ini ke mana-mana sahaja agar turut dibaca oleh pembaca2 blog anda. hikshikshiks

***********************************


Bismillahhirahmanirahim.
Inshaallah pada ramadhan nanti, satu aktiviti Shopping Raya 2016 yang dianjurkan oleh Projek Rakyat JB akan berlangsung. Dijangka tarikhnya pada 25 Jun 2016, jika diizin Tuhan. Berlangsung di shopping mall terpilih di Johor Bharu. 

Untuk pengetahuan semua, bermula daripada bulan lepas kami telah memulakan Kempen Taja Shopping Raya 2016 di halaman @Projek Rakyat JB. Kami menyasarkan seramai 150 orang penerima manfaat yang terdiri daripada golongan yatim, asnaf dan miskin.

Saya mengambil inisiatif ini untuk sama-sama berkongsi kepada rakan-rakan blogger agar dapat turut sama menyebarkan berita ini ke blog kalian. Apa salahnya jika kita berkongsi perkara yang baik-baik bukan ?

Berikut saya berikan sedikit maklumat tentang Kempen ini. 


************************************

Untuk menyumbang kepada kempen ini, bolehlah salurkan sumbangan anda ke dalam akaun 

CIMB ISLAMIK:
Nama: Nurulaini Othman (Bendahari Pertubuhan)
Nombor Akaun: 7613 209 269


Segala maklumat transaksi, mohon dimaklumkan kepada:
projekrakyatjb@gmail.com
ATAU SMS/WhatsApp ke talian
1. Aslam - 017 6189 445
2. Fatin - 011 1214 3478
3. Khairul - 016 3800 480



(UPDATE TERKINI 123 MASIH BELUM DITAJA)

Jangan risau, mungkin sahaja RM 200 itu jumlah yang besar bagi anda. Berilah sebanyak mana anda mampu. Tuhan tidak menilai sebanyak mana anda beri. Tetapi Tuhan menilai kesanggupan dan keikhlasan anda memberi.

*****************************************************


Anda juga boleh ajak kawan-kawan, saudara, keluarga, atau sesiapa sahaja dengan menggunakan formula tajaan bersama seperti berikut ;


Formula tajaan:
RM200 / 2 orang = RM100 / penaja
RM200 / 4 orang = RM50 / penaja
RM200 / 5 orang = RM40 / penaja
RM200/ 10 orang = RM20 / penaja
RM200/ 20 orang = RM10 /penaja
Amacam? Mudah kan?! Ya, memang lebih mudah daripada formula Add Maths pun.

********************
Dah beli baju raya ? Tema tahun ni kaler apa? Mesti sedondon kan? Senyum tak? Taknak ke kongsi sikit gembira tu dengan orang yang lebih memerlukan, ?

Akhir kata ;
"Kalau kau tidak ada sesuatu untuk diberikan, maka jambatanilah antara orang yang ada dan orang yang memerlukan.
Maksudnya, kalau kau takde duit nak menyumbang, share pun jadi lah. Haha. " ~ via kawan saya

5 comments:

  1. Oo sekarang boleh pilih utk taja berapa org utk rm200 tu ye. Sblm ni sorg rm200 kan?

    InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki saya akan join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan dimurahkan rezeki ye encik afzal :) ya sebenarnya tak fix RM 200 pun takpe. cuma kami nak bgtau satu tajaan memerlukan kos sebanyak rm 200 :')

      Delete
  2. Jom kita sama sama menaja dan berikan kegembiraan kepada anak-anak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah. terima kasih ya :)

      Delete
  3. pernah dengar pasal projek rakyat jb ni, ade senior share :)

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)