Saturday, May 21, 2016



Masa pantas sahaja meninggalkan kita ; Cuma yang masih kekal hanya memori yang pernah kita cipta bersama. Percaya atau tidak, aku langsung tidak boleh menulis lagi sejak aku cuba melupakan satu persatu rasa yang sepatutnya dilupakan. Malah, untuk menulis di sini perlu waktu yang cukup lama sekali untuk aku mengarang ayat. Percaya atau tidak, aku sepertinya kehilangan sesuatu yang aku pernah ada untuk menulis suatu ketika dahulu. Percaya atau tidak, aku langsung tidak boleh berfikir untuk menulis tentang apa. Aku tidak peduli jika struktur ayat ini tidak jelas bahkan aku langsung tidak peduli jika ia salah. 

Tepat dua jam.
Ini sahaja yang mampu aku fikirkan.
Aku minta untuk melupakan, tetapi kesemuanya sudah hilang di bawa pergi.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)