Ada satu hal yang membuatkan kita leka, dan terlupa--
Bila terlalu asyik dan lena terbuai bahagia ;
Hakikatnya, kita terlupa bahawa tidak selamanya kita bersama mencipta memori ;
Walau sebanyak mana impian dan cecita kita mahu kecapi bersama ;
Akan ada satu masa kita dipaksakan untuk mengucapkan selamat tinggal ;
buat selama-lamanya.
Dan pada masa itu kenangan menjadi sahabat baik kita ;
tentang masa lalu yang diputarkan buat pengubat rindu ;
tentang hal-hal remeh yang dikenang kembali, menjadi bahan tawa pengubat duka dan lara ;
saat itu, tiada apa lagi untuk dikesalkan ;
tentang impian yang tertangguh ;
dan pertemuan yang terpaksa ditunda ;
sehingga satu masa kita bakal dipertemukan di sana.
Tuhan tidak lagi mengizinkan kita bertemu di dunia ;
dan,
Moga-moga Tuhan perkenankan ;
kita bertemu di sana nanti---
Moga-moga juga persahabatan kita menjadi jambatan untuk ke syurga.
No comments:
Post a Comment
komen yang indah-indah sahaja :)