Wednesday, February 15, 2017

Pilihan untuk hidup bersama kenangan



Ada yang bertanya ;
"Mengapa masih hidup di dalam kenangan ? Bukankah itu menyakitkan ?"

Tersenyum saya di satu sudut. Menghabiskan hirupan terakhir secawan kopi. Menanda muka surat terakhir buku yang sedang dibaca. 

Menarik nafas. dalam. lama. Lalu menjawab tanpa berfikir panjang ;

" Mengapa perlu melupakan kenangan-kenangan kalau itu bisa membuatkan aku terus hidup?"

***********************************

Kehilangan membuatkan kita terjatuh, sakit ; Meninggalkan luka-luka yang tidak turut pergi bersama kehilangan. Tetap disitu membebani perasaan yang sukar melupakan. Tetapi kenanganlah yang mengubati luka-luka yang semakin parah dan bernanah. Walaupun kadang kehilangan meninggalkan parut luka yang kekal ; Kenangan membuatkan kita bertahan untuk terus hidup ; walaupun kadang dihujani dengan perasaan lama yang sukar untuk kita tafsirkan ; bercelaru tak menentu ; suka ? benci ? rindu ? menjadi satu adunan yang sebati. Kita mempunyai dua pilihan untuk melupakan semuanya dan memulakan halaman kenangan baru ; atau terus hidup bersama kenangan lama bukan kerana kita tidak boleh melupakan ; tetapi memilih untuk hidup bersama kenangan mungkin kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bukankah itu yang terbaik ? Tetap, ia tetap satu pilihan yang mungkin membezakan kita. Memilih untuk memulakan langkah baru atau terus tetap disitu bersama kenangan lalu.

Biarkan kenangan ini terus hidup walaupun hakikatnya kau yang pernah ada bersama kenangan-kenangan kita telah pergi buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)