Monday, February 20, 2017
Nyanyian lagu rindu
Selain perasaan dipersiakan ;
Merindu juga satu keperitan ;
Rindu, mudah hadir, tapi sukar untuk diusir ;
Bagaimana mahu diungkapkan ?
dengan puisi-puisi penuh perasaan ?
atau nyanyikan sahaja lirik lagu rindu,
biar asyik dan merdu melodinya seiring perasaan yang terpendam ;
didendang syahdu bersama sejuta rasa ; ikhlas merindu ;
moga-moga terus sampai ke jiwa-jiwa yang dirindu ;
semudah itukah meluah rindu ?
Semudah itu juga kah mengungkap rindu pada yang telah pergi ?
Apa harus pilu melodinya ? Merintih dan menangis ?
untuk apa disia-siakan merindu tidak terbalas ;
titipkan sahaja doa ikhlas buat si pemilik rindu ;
rindu untuknya yang telah pergi ;
tetap rindu ,
masih rindu ,
selamanya ;
r
i
n
d
u.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen yang indah-indah sahaja :)