Monday, May 8, 2017

lelaki idaman buat seorang wanita

Mereka bertanya kepada aku ; apa ciri-ciri lelaki idamanmu ? Berkali-kali aku ditanyakan soalan yang sama. Jawabku hanya dengan senyum.
Jujur aku katakan, aku tidak pernah ada jawapan untuk soalan itu.
Mengapa perlu meletakkan satu atau dua atau sebanyak mana ciri yang diperlukan bagi seorang lelaki yang didambakan di dalam hidupmu, teman ?


Supaya berdua nanti ada chemistry.
Supaya senang nak pilih, kalau tak kena dengan ciri, terus KIV.
Supaya senang, tak adalah tersuka orang yang salah.

Banyak lagi alasan mengapa perlunya meletakkan ciri-ciri untuk lelaki idaman.

Boleh aku katakan ini "demand" wanita untuk lelaki.
Lelaki pun apa kurangnya, tetap juga ada "demand" sendiri nak bertemankan wanita yang macam mana.

"Aku nak yang tinggi, kulitnya gelap, kalau boleh kacaklah sikit."
"Aku nak yang tinggi, mesti kulit putih dan pakai kaca mata."
"Aku nak yang sedap mata memandang, kulit biasa-biasa dan pandai buat lawak. Baru bahagia."

Banyak lagi.

Bagi aku, meletakkan ciri-ciri spesifik tentang seorang lelaki yang didambakan itu adalah tidak sebegitu rare. Yelah, perjalanan dan pengembaraan mencari seseorang dalam hidup hanya berfokuskan pada ciri-ciri yang dah kita set-kan di dalam minda kita. Kalau tak kena, terus aja ditolak tepi. Mana tahu, yang tak sama itulah sebenarnya bakal melengkapi kita?

Bertemu dengan banyak orang dan berlainan karakternya itu merupakan hal terpaling manis. Banyak orang, banyak pilihan. Kalau tidak dipilih tak apa. Sekurang-kurangnya diduniamu itu terisi.

Senyum.

Sebenarnya, kalau kita punya spesifik ciri-ciri pilihan, kita lagi men-kompikatedkan pencarian. Kelak nanti, kalau pencarian tak berhasil, kecewa juga nanti.

Jadi, universalkan pencarianmu. Buka mata dan rasakan dengan hati. Manusia ini unik. Dari situ, kamu bakal saksikan betapa ikhlasnya kamu menyukai orang, bukan kerana "demand" yang kamu letakkan pada seseorang itu.


Hmm.
Jadi jawapan aku untuk soalan klise itu ;

Aku cari orang yang boleh ngam.
Yang saat pertama berjumpa itu sudah kurasakan ada "spark" dan peluang untuk hari mendatang itu ada.
Guna instinct kadang-kadang berhasil.


Sekarang ni, kita fokus apa yang ada depan mata kita ; Yang masih samar, kita serah pada Tuhan untuk uruskan. Dia lagi tahu. jangan diikutkan sangat dengan rasa yang tak sepatutnya. Perjalanan ini masih jauh, sayang.

Sabarlah.

Allah  lebih tahu.


kkk fokus grad on time
cari banyak duit

pesan mak tetap nombor satu!

No comments:

Post a Comment

komen yang indah-indah sahaja :)