Wednesday, May 4, 2011

ke"malang"an itu suatu "takdir" bukan aku yang pinta.

kehidupan perlu diteruskan walau pelbagai "masalah" yang datang melanda diri.. bila dihitung dengan jari,pasti sekali tidak akan "mencukupi". "kemalangan" yang datang bukan kehendak aku. tapi ia telah ditakdirkan. bukan aku pinta. jauh sekali aku mahu. segala galanya telah di"tentukan" .


diam. berfikir.


bukan aku mahu ditimpa kemalangan. tapi sudah suratan aku ditimpa kemalangan. apa yang aku dapat,adalah sakit. bukan sedap. ketawa aku bukan bermakna aku suka ditimpa kemalangan sebegitu rupa. ketawa aku ketawa malu,ketawa aku ketawa menahan pedih. ketawa aku menahan tangis.


mengeluh. fuhh~


jika ditakdirkan hidup aku memang selalu akan ditimpa kemalangan setiap masa aku redha. lagipun bukan aku yang pinta. yang aku sedar dan aku tahu, aku sering ditimpa  kemalangan yang kadang kala berpunca daripada sifatku yang agak gelojoh melakukan sesuatu tanpa menggunakan akal atau otak.


bukan aku tak pandai untuk berhati hati. tetapi kadang kala aku lupa untuk berhati hati. aku lupa akan kemalangan yang menanti. bila sudah terjadi,barulah aku mengerti...betapa perlunya untuk aku berhati hati.




bukan aku pinta. bukan aku mahu. dan bukan aku hendak.
aku menahan malu. aku menahan tangis.
aku mahu kau tahu. aku MALU!

1 comment:

  1. Terima kasih atas informasi menarik

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)