Sunday, July 10, 2011

memory is kenangan.

assalamualaikum kawan kawan yang super duper ROCK :). oh. sihat? seronok berhujung minggu? sudah aman kah bandaraya Kuala Lumpur? :) "stop it" (kata hati)

ah. berpatah balik ke cerita yang sebenar. biasalah. hidup. mesti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan. ada kenangan pahit. ada kenangan manis. yang pahit biasanya orang nak lupakan. yang manis biasanya yang diingat ingat selalu.

yang selalu menjengah ke minda ini,semestinya kenangan manis. "manis kah kurma ini?" kata si jep,sepah. (tiba tiba. mood nak berpuasa.)

bila dikira kira setahun, dua tahun, tiga, empat tahun dan dah lima tahun jugaklah aku tinggalkan zaman sekolah rendah. itu zaman "kanak kanak" ribena. buat apa sahaja,main kejar kejar. normal lah. orang kata,budak budak kan? perangai budak budak. nak berkawan pun bebas. kesana kemari bergelak ketawa berkejar kejaran. ah. mana boleh lupa kawan kawan .

tiba tiba ingatan terhadap kenangan lalu muncul. muncul secara tiba tiba. pelik. pelik? ah. bagi aku biasa. biasa sebab aku memang suka ingat masa lampau bila bersendirian. mengapa? kerana kenangan yang banyak mengajar kita erti kehidupan sebenarnya. (itu pendapat aku. suka hati aku lah)



tadi,bila tengok kereta cikgu matematik masa darjah enam (cikgu abu) tiba tiba teringat dekat beliau. ah rindu. sungguh aku rindu zaman dulu dulu. kan bagus jadi budak budak. nak nak sekarang tak kurang setahun dah aku nak tinggal zaman sekolah. zaman baju sekolah. ah. tidak. masa masih panjang,bukan?

tiba tiba teringat cikgu cikgu masa darjah enam.




cikgu Azizi=> bahasa melayu
teacher nora=> bahasa inggeris
cikgu abu=> matematik
cikgu shamsul=> science
ustaz al-zairy=> agama

ah. ada lagi ke? yang lain dan semua masih segar di ingatan. pak cik tukang kebun,abang panjang,abang pendek.
arwah pak guard yang sporting gila. takkan boleh lupa kan? (al-fatihah)

satu sebab aku tak boleh lupa sebab,dah tentu sekolah depan rumah aku je,mestilah selalu nampak mereka, cuma yang ada tinggal cikgu abu dengan cikgu azizi je. ah.

bukan cikgu cikgu je. time kelas waktu malam. seronok dapat keluar rumah time malam malam. ah. konon nak main hantu hantu. kawan kawan yang gila gila yang masih wujud dalam hati. nak nak kawan baik aku yang si lelaki. si fazril dengan si asri. yang perempuan? semestinya yang kekal sehingga sekarang si ain. yang lain? yang lain masih ada. tetap dihati :) . cuma yang lelaki. dengan haluan sendiri. biasalah lelaki. takkan nak berkawan dengan perempuan bila dah besar. ye tak.?

masa kecik kecik semua boleh main. main bola sepak dengan budak budak lelaki. terguling guling dekat padang tak de sapa nak marah. main tembak tin. main rondes. main sorok sorok.  biasalah budak budak. tapi sekarang? orang kata bila dah besar kena jaga tingkah laku. al-maklumlah anak dara. ,kata nenek. orang perempuan tak boleh rapat sangat dengan lelaki. bahaya. ah. kata orang tua tua. sekadar memberi peringatan agar tidak akan ada benda buruk yang jadi. . ye tak?


dan sekarang. kenangan tetap kenangan. yang dah lepas biarkan berlalu. masa tidak mungkin dapat diundur kan balik. ye tak? andai kata masa tu boleh di "riverse" aku nak pergi balik zaman waktu kecil. start dari sekolah tadika lagi. berangan je lah. sebab tidak mungkin akan jadi, kan?

apa pun sekarang. terus kan hidup. yang lepas,kita dah tahu apa yang jadi. yang di depan. tuhan yang tahu dan tentukan. untung nasib hidup kita,semua DIA yang maha mengetahui. jadi berdoalah. 

kawan kawan yang dulu tinggal kenangan tapi,tetap di ingatan. kawan kawan yang sekarang pun okay jugak. semua gila gila. ah itu yang aku suka. hidup ni kadang kadang tak boleh nak serius sangat. senyum senyum dan gembira. tapi,yang serius tetap serius. tak boleh main main kan? 

cikgu cikgu? cikgu cikgu pun okay. saya sayang semua cikgu. dari start sekolah tadika sampai sekarang. kalau tak dek cikgu. takkan adanya aku nak menaip seperti sekarang sebab mungkin tak pandai nak mengeja. kalau tadek cikgu mungkin aku tak pandai mengira umur sendiri sebab tak tahu mengira,ye tak?.

kesimpulannya?
entah lah. kau orang fikir lah sendiri. aku pun tak tahu.
HAHAHA
.

eh. aku teringin nak sambung cerita yang sedang aku buat,yang entah bila lah nak sampai ke penghujung.
mungkin empat atau lima tahun lagi.


esok sekolah. rindu kawan kawan . rindu cikgu cikgu. rindu nak dengar lagu "pop yeh yeh" dalam bas.
HAHA.

pakcik CC. aku benci kau.
bye.




1 comment:

  1. hee,zaman skolah memang byk kenangan.mujurlah alin xpnah kene buli mase skola dlu.hu3

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)