Tuesday, October 18, 2011

TIP: jenis rakan yang perlu ditinggalkan .

orang kata : berkawan  biar beribu, berkasih itu biar satu.
(itu betul bukan mitos. bukan dongeng, tapi fakta.)

dalam dunia ni, kita hidup perlu cari kawan. tapi jangan sampai salah cari kawan. 
kalau ter-salah pilih, yang rugi, kita jugak kan?
tapi, kalau kita pandai dan tahu nak beza yang buruk dengan yang baik, tak salah untuk kita berkawan dengan sesiapa-pun, even dia seorang yang bermasalah.
kan?
yang penting, kena tahu jaga diri.

membebel lama-lama pun tak guna derr, jom baca ^_^

1. kawan yang tamak

  maksud-nya, manusia ni jenis pentingkan diri sendiri. ada bila kita senang. bila kita tengah bersuka ria. tapi, bila tengah susah, tengah sakit, tengah memerlukan bantuan ke hape. dia mula lah bagi alasan. kan senang kalau cakap, kau memang malas atau tak nak tolong? okei. itu contoh kawan dunia akhirat yang konon disanjung-sanjung. serius aku menyampah kalau ada manusia cenggini dengan aku. memang tak lama ah. . ==.

2. kawan yang hipokrit.

  hipokrit: manusia yang berpura-pura bersikap baik di depan orang lain agar orang lain nampak akan menaruh kepercayaan padanya atau memuji kebaikan yg dia tunjukkan tu. <--- ayat copy paste . hehehe . 

p/s: manusia hipokrit , adalah manusia paling keji kot 
(*_~)

   contoh dalam konteks "kawan yang patut kita jauhi ni" , depan kita kemain lagi baiknya, mulut manis bak gula. pijak semut pun tak mati, cakap pun sopan santun,lemah lembut. (peh, serius kawan aku semua tadek lembut cenggini) HAHA. tapi, kat belakang kemain, cam haram, cam syaiiton, je kot, kutuk-kutuk , caci-caci, maki-maki , . lepas tu, habis rahsia, keburukan kita dia pergi jaja dekat orang lain. puih. :P okei, ini jenis kawan makan kawan. bak kata pepatah main "tikam belakang"

so,? konklusinya, tak kira lah kau baik mana pun dengan kawan kau,
tak yah lah, share cerita dengan dia.
manusia rambut sama hitam kan? hati lain lain beb,
fikir-fikir lah eh?


3. kawan pengampu

    dia setuju je, apa yang kita buat, suka ke tak, dia tetap akan tunjuk yang dia suka. watzefaaaak kan? konon, dia tak berani nak cakap benda yang betul, common lah, kan bagus kalau "just say the truth" ? lepas tu, dia langsung tak tegur kita , sedangkan apa yang kita buat tu, salah. (nasib baik, aku tak de kawan yang cenggini )  dah lepas tu, kira ni lah manusia yang patut kita "jauhi" sebab, dia dah terang terang tak jujur bila kawan dengan kita kan? 



     serius, kalau nak list semua , memang banyak-ah. dan, yaaa. kita kan manusia biasa, kan?  tapi, serius aku cakap, kalau kita nak cari kawan, cari la kawan yang akan sentiasa ada dengan kita, bila kita senang and bila kita memerlukan dia :) . itu baru kawan. -kawan sejati dunia dan akhirat :)




2 comments:

  1. kawan senag dicari.tapi yg namanye sahabat susah senang itu,itu harta dunia!sukar djumpa. :)

    ReplyDelete
  2. sahabat sejati. . susah nak jumpa :(

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)