Sunday, November 27, 2011

hijrah DIA. [ entry awal muharam ]



hari ni dia nekad. nekad mahu berubah. nekad mahu berhijrah. dia sendiri dengan rela dan seikhlas hati mahu berhijrah. hijrah daripada seorang manusia berjantina perempuan yang membogelkan rambut menjadi perempuan yang bertudung litup.

penghijrahan itu mesti dilakukan. wajib. kerana itu tuntutan agama. lagipun dia fikir, sampai bila harus nak tanggung dosa bertimbun-timbun sebab tak tutup rambut yang sentiasa dibogelkan tu. sampai bila dia harus menerima tohmahan, dan jelingan tajam manusia-manusia sekeliling dia tu. 

muka baik, rambut perang.
--"
p/s: don't judge people by your first impressions.

pagi pagi lagi dia dah bangun. niat dia nak keluar pergi borong tudung-tudung dekat kedai. kata nak "berhijrah" . lepas sampai dekat satu kedai jual tudung. murah-murah pulak tu. semua ikut fesyen terkini. jenis yang tutup rambut semata-mata nampak dada. 

wah. dia fikir untuk permulaan begitulah. tutup sikit-sikit dulu. lepas tu baru tutup semua. dia fikir, kalau nak berhijrah ni, kena berubah sikit-sikit dulu lepas tu, baru ubah semua. tak boleh mendadak terus. takut diri sendiri tak selesa.

itu pemahaman hijrah, yang otak dia fikir.
otak dia.





salam maal hijrah 1433,
semoga hijrah kita diredhai dan diberkati oleh-NYA.
apa hijrah kau?

hijrah aku, daripada seorang perempuan yang bengap dalam bab masak-masak kepada seorang perempuan yang pandai memasak.

pon boleh kan? --"

2 comments:

  1. same2 kite berhijrah ke arah kebaekan..
    salam maal hijrah..
    =)

    ReplyDelete
  2. salam kenal..
    nak jadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa...

    jom exchange bloglist
    you in my bloglist ..check it out

    Hanif blog bloglist

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)