Saturday, November 5, 2011

label-label manusia.



  label-label manusia. keliling aku, manusia pelbagai ragam. makin ramai manusia, makin aneh ragam-ragam mereka. tak kira-lah, siapa pun mereka. kawan, musuh, atau sesiapa sahaja. kadang-kadang aku sendiri konfius dengan mereka. dan kadangkala, aku sendiri tenggelam di dalam sifat "ke-ego-an,pentingkan diri, bongkak,sombong" diri mereka. mereka rasa,mereka hebat. mereka rasa mereka terbaik dan yang paling penting, meraka rasa mereka dah cukup "perfect" -konon-kononnya.

p/s: boleh gantikan "mereka" dengan "dia" "kau" atau "aku" - ikut suka hati.




. . . . . . . . . . . . . . .. 

satu: jenis manusia yang "selfish" .

"selfish", atau bila diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda, "jual ikan" jadinya.
apa kau rasa, bila kau tengah susah, mintak tolong dengan orang, tapi by that time orang tu tak nak tolong kau,
dengan alasan,"aku busy lah" "aku tak boleh lah" "aku tak mampu lah" "aku malas lah" "aku sakit lah"
tapi, bila dia perlukan kita, senang-senang je, dengan manis muka, mintak tolong. kalau aku, aku malas nak layan orang macam tu, tapi sebab sifat aku yang cepat sangat simpati dekat orang, kadang-kadang, tolong jugaklah kan.

dua: jenis yang ada bila tengah senang.

apa kau rasa, bila tengah kau senang, dekat keliling kau, penuh dengan kawan-kawan,
tapi, bila kau susah, perlukan pertolongan, satu-satu pergi dengan beribu alasan, kadang-kadang alasan-alasan yang langsung tak boleh diterima akal.
betul lah, kata orang, 
"kawan masa suka, senang nak cari, kawan masa susah, dalam sepuluh pun belum tentu dapat"



tiga: jenis yang bajet dia bagus sangat.

manusia macam ni, bukan sikit, tapi banyak. dia rasa, dia dah cukup sempurna dengan apa yang dia ada,
tapi kadang-kadang dia tak sedar ,setiap apa yang dia ada, datang daripada DIA yang ESA.
dia rasa bangga bila ramai orang suka dia.
dia rasa bangga bila semua orang nak dekat dia.
dia rasa dia dah cukup bagus, bila semua orang senang dengan dia.
tapi, dia tak sedar, siapa sebenarnya, yang betul-betul jujur dengan dia.

empat: jenis manusia yang rasa dia dah cukup sempurna .

manusia macam ni wujud. wujud depan mata aku. dia rasa dia dah cukup perfect,, nak tegur aku yang konon buat salah.
tapi dia tak sedar, dia macam mana. aku terima, tapi dengan lontaran kata-kata pedas.
dia tak fikir, yang aku tak pernah senang dengan dia.
dia ingat dia kaya, dia dah cukup berharta.
dia ingat dia lelaki, dia dah cukup berkuasa.
tapi, dia tak sedar orang dekat keliling dia, tak berapa "enak" dengan dia.



dah cukup, aku bukan perfect sangat,nak cerita pasal orang lain, tapi, kau fikir lah, .kau terasa? tepuk dada tanya selera, aku tak mention dekat sapa-sapa.

11 comments:

  1. dalam empat jenis manusia tu, aku paling tak boleh terima orang yang bajet dia bagus sampai tak boleh nak terima nasihat and kata-kata orang. ape-ape pon, nice enntry! ni lah hidup. orang ni macam-macam.

    haaaishh.

    ReplyDelete
  2. ada seorang kawan
    di depanku baik dibelakangku mengutuk
    apakah?

    ReplyDelete
  3. @liyana izzati :: yup, that it, dia rasa dia dah betul, tak boleh nasihat sikit --"

    ReplyDelete
  4. @sis92 :: tu makna-nya, dia bukan kawan yg sesuai untuk kau --" beware!

    ReplyDelete
  5. xske org yang selfish!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. macam-macam kan..tapi tulah sebenarnya aturan kehidupan ni..ada baik, ada xbaik..tulah sbbnya wujud kerja 'dakwah'..utk mengajak org-org mcmni kembali ke pangkal jalan..
    mg kt xtergolong dalam kalangan org2 di atas..

    ReplyDelete
  7. MEMANG LAH :( MANUSIA BANYAK RAGAM,DOH!

    ReplyDelete
  8. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau hahaha

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)