Friday, December 16, 2011

ku berdoa pada mu tuhan, hanya kau lah, selayaknya untuk aku memohon.







"aku duduk sendirian di kamar ku, menangis keresahan, kernamu, kau tinggalkan aku, kau cari yang lain, tergamak-mu, merobek hati ku,"
.

hujan yang turun membasahi bumi tatkala ini, seakan-akan memahami keresahan yang bermaharaja-lela di dalam hati. tuhan, aku tahu, walau tiada satu pun makhluk manusia di dalam dunia ini yang tidak pernah mengetahui apa yang aku simpan dalam hati selama ini, aku tahu kau lagi memahami segala apa yang aku rasa  tahun-tahun lepas, kelmarin, semalam, hari ini, dan esok, hari-hari yang mendatang,noktah.

walau sebanyak dan sehebat mana rancangan aku untuk melarikan diri daripada semua kekalutan ini, aku tahu, kau lebih tahu, semua perkara yang akan berlaku,esok dan hari hari yang seterusnya, 

betul kan,

"kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan"

tuhan, aku selalu berdoa padamu, agar kau permudahkan  aku terus menjalani kehidupan di bumi ciptaan-mu ini, aku bukan manusia kuat, yang tabah, cekal, dan seangkatan dengan-nya, untuk menanggung kekalutan dan keresahan keseorangan. tapi, aku tahu. aku perlu cuba untuk jadi sekuat-kuatnya kerna, aku tahu , kau lah yang setia , maha mendengar, segala keluhan ku, dan maha melihat segala keresahanku.

ya ALLAH, pada hari jumaat, hari lagi baik ini, aku berdoa dan meminta kepada mu ya allah, kau lindungilah aku,  insan-insan disekililingku, ibu ayah ku, kaum keluarga ku, sahabat-sahabat ku,guru-guruku  ya allah, agar mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat ya allah, 

ya allah, aku juga tahu, kau lagi maha mengetahui, di mana dia berada sekarang, 
kau lindungilah dia ya allah,
kau lembutkan lah, dan buka kanlah pintu hati-nya untuk kembali kepangkuan ibu-ayah-nya, ya allah .

amin. amin . ya rabbal alamin.

p/s: cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit,

10 comments:

  1. Aminn (: Macam ada masalah je. Mengadulah pada Allah. Be strong, okay? (;

    ReplyDelete
  2. amin..semoga doamu dimakbulkan oleh-Nya

    ReplyDelete
  3. be strong.. lg banyak dugaan lg mematangkan kite.. ingat ye. jgn lupa banyak bdoa pada Allah swt.

    ReplyDelete
  4. be strong.. lg banyak dugaan lg mematangkan kite.. ingat ye. jgn lupa banyak bdoa pada Allah swt.

    ReplyDelete
  5. Amin Ya rabbal alamin.Moga dikabulkan doanya.Pilihan yang terbaik mengadu padanya pasti dia mendengar. =)

    ReplyDelete
  6. ameen, aku rasa kau dah pun luahkan semuanya dan aku yakin Tuhan pasti mendengar. Bertabahlah.

    ReplyDelete
  7. artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)