Saturday, December 10, 2011

masa kecil


ku teringat akan masa kecilku dulu dengan sejuta harapan hidupku  - st12



hari ni aku diam. diam lagi. memang tiap tiap hari begini. nak ketawa pun dah jarang. tak macam dulu, ada kawan-kawan seangkatan. mulai semalam dan mungkin hari ni bersambung esok dan hari hari seterusnya, aku akan belajar cara untuk teruskan hidup. dan cara untuk menerima kenyataan yang kawan kawan dah tiada disisi untuk menyambung tradisi gelak menggelak secara berjemaah.

dan rutin aku setiap hari begini. merenung waktu atau masa zaman kecilku. kalau dulu, mungkin aku nakal, buat lah apa sahaja langsung aku tak fikir guna akal. panjat sana panjat sini. budak budak tak tahu mana baik mana buruk. mana bahaya mana tak. itu aku. aku waktu kecil. dan disebabkan aku dulu tak fikir guna akal, bilik aku pernah nak terbakar disebabkan main api punya pasal. :|

bila usia dah mencecah 17 tahun , aku rasa baru semalam aku belajar bertatih, berjalan . sekejap. betul-lah. masa takkan tunggu kita. kalau kita lambat. alamat melepaslah. dan aku rasa baru semalam, aku belajar ABC, 123. dan sekarang aku dah pandai membaca plus mengira. 

kalau dulu, zaman aku masa kecil main pondok-pondok kira permainan paling best terhebakk. tapi sekarang, diorang semua dah up-to-date main playstation depan tb. congrate budak budak zaman IT. tak rasa kesusahan langsung. - eceh, macam lah dulu, aku makan ubi rebus cicah gula. HAHA.

tapi, sekurang-kurangnya aku bersyukur, alhamdulillah. ingatan aku pada zaman kecil ku, masih kuat. kau percaya apa yang aku kata. sekurang-kurangnya aku tak lupa diri. tak lupa asal usul. 

kau juga harus tahu, yang hidup ni memerlukan impian. dan impian tu diperlukan untuk dijadikan misi untuk meneruskan hidup .ditambah pula dengan semangat untuk mencapai impian yang satu. err, mungkin dua, tiga, atau empat impian yang kau nak capai, dari dulu sampai sekarang?

ku ingin diriku
mengejar semua
cita-citaku untuk hidup
ku ingin berikan semua yang terbaik
untuk jalanku, untuk harapan hidupku

akhir kata, zaman kecik aku dulu, aku selalu mengimpikan nak jadi superstar. kau hade?
aku tipu jerr, dulu, aku pun tak tahu, apa itu artis?

7 comments:

  1. Yeah. Masa kecik-2 lah zaman paling seronok rite?

    ReplyDelete
  2. teruk tu,.
    sampai bilik tbaka.
    ish2

    ReplyDelete
  3. tetiba terFEELING rnduuuu zaman budakII .. haaa ;)

    ReplyDelete
  4. nak jadi superstar sampai bilik terbakar ! fuyoo !!
    hehehe

    ReplyDelete
  5. @AtyraAqilah :: betul lah :( mmg seronok kalau la masa boleh undur. .hmm

    ReplyDelete
  6. @Nelly The Strange :: ekekeke, tadek kene mengena pung dengan bilik terbaka :P

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)