Sunday, November 25, 2012

Kau hulurkan tanganmu,disaat aku jatuh.

[Do follow me on twitter @AzyAdnan ]



  Kau hulurkan tanganmu,disaat aku jatuh. Disaat aku masih ragu-ragu,samada,untuk terus bangkit dan melangkah,atau sebaliknya. Kau ada disaat semangat ku semakin rapuh dan goyah. Kau ada disaat aku sedang susah dan senang. Kau ada dimana-mana. Mungkin kerana tuhan mahukan kita terus bersama. Atau  tuhan telah kurniakan aku seorang teman yang sangat berharga dan istimewa buat aku. Dengan  kata lain,kau mungkin Teman sejati yang dicari-cari. Ya. Itu dia. 




    Kau ada bila aku perlukan sesorang untuk aku luahkan segala masalah yang aku pendam. Kau pendengar yang setiasa buat aku. Kau penasihat yang langsung tak pernah jemu buat aku. Aku berterima kasih buat segalanya . Mungkin tuhan sahaja yang mampu membalasnya.Tatkala aku jatuh,kau pasti datang,bersama semangat yang kau bawa,dan kau hulurkan tanganmu,untuk aku terus bangkit . 


Buat seorang sahabat,yang sentiasa ada dikala aku memerlukan-mu,terima kasih,
kerana sudi meminjamkan aku telinga-mu disaat aku mencari pendengar setia  untuk ku luahkan masalahku.




-“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)-

p/s: Renung-renungkan :P

14 comments:

  1. amboi.. meluah perasaan ker ni?

    ReplyDelete
  2. kawan yang sentiasa akan ada dengan kita tu susah nak cari. For me, for everynone reading this post, bila dah jumpa kawan macam tu, hargailah. Ia macam 1 dalam seribu. Tambah lagi dengan dunia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,...in shaa allah saya hargai :)

      Delete
  3. Kawan yang baik , kawan yang setia disaat suka dan duka . hmm :)

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak carii kawan mcm tu , tapii klu sy ade kwn mcm tu sy akan jaga sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  5. Best Friend Forever .
    Memang kawan BESt kalau ada kawan yang baik cam tu..:)

    ReplyDelete

  6. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  7. ni 'sahabat' yang mana satu ni? sahabat yang 'ehem-ehem' ke? haa, soklan cepumas utk ko :P

    ReplyDelete
  8. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  9. Sahabat boleh mencerminkan peribadi kita jugak..
    Dan sebab tu penting untuk cari kwan yg sesuai..
    kan..^_^

    Pantang Larang Bertwitter

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)