Saturday, June 7, 2014

Lelaki dan Move on.

Twitter - @AzyAdnan

(i)


Lelaki.
Dah berkali-kali aku simpan rasa pada orang yang salah.

Lelaki,
dah berkali-kali aku degil, biarkan hati terjebak.
Terjebak dengan rasa yang tak sepatutnya ada---
pada dia.

Dah berkali-kali aku bisik pada hati,
jangan senang-senang serah rasa pada orang.
Tapi hati tetap degil.
Degil dan akhirnya gagal lagi.

Cukuplah,
cukup ini yang terakhir. Hati, hari ini kau dengar kata aku ya.

Jangan mudah simpan rasa pada,
Lelaki.


(ii)

Sampai masa aku harus pilih jalan paling mudah bila aku tewas.
Tewas dengan perasaan sendiri.
Tewas dengan angan sendiri.

Jadi, jalan paling mudah, ialah dengan cara
Move on.
Dan buat-buat tak tahu dengan apa yang aku rasa semalam.

Hari ni, hari baru.
Hari penuh dengan senyum.


Move on, dan lupakan yang semalam.

dan terus S
                 e  
                    n
                       y
                          u
                              m. . 

2 comments:

  1. http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/06/2nd-giveaway-saya-nak-striped-skirt.html

    SKIRT FREE MENANTI. JOM SERTAI!

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)