Tuesday, March 15, 2016

Fa Ta Ha ; Al-Fath

Quran ; 48
Fataha.
Al-Fath.
Kemenangan ; Victory.



Tentang kebaikan Tuhan yang sentiasa memeluk erat tubuh kita-kita yang disayang.
Tentang peluang kedua yang Tuhan berikan ke kita ; mengetuk halus pintu hati untuk kembali kepadaNya.
Tentang peringatan Tuhan kepada kita ; tentang dekatnya Dia bersama kita walau tidak terlihat oleh mata.
Tentang dosa-dosa yang terampun setelah sujud dan memohon untuk diampun.
Tentang peringatan Tuhan untuk kita sentiasa mengingati-Nya seperti Dia sentiasa ada bersama kita.
Tentang petunjuk ; penyelesaian yang patut dipinta untuk dipermudahkan penyelesaiannya.
Tentang baiknya Dia yang tidak pernah mengabaikan kita-kita yang kadang lupa ; masih ada pendengar setia ; yang tidak pernah lokek memberi malah tidak tuli mahu mendengar.


Tentang Tuhan (Allah) yang selalu ada ; membuka jalan yang membawa kepada kemenangan.


48 : 4

1 comment:

komen yang indah-indah sahaja :)