Friday, March 25, 2016

Suatu Pengharapan Kepada Tuhan



Tuhan beri kita ujian bukan kerana tidak sayang,  tetapi itulah caranya  menunjukkan sayang.
Klise ; tetapi inilah yang memberi semangat ke kita-kita untuk terus bangkit.

Kerana tanpa sedar Tuhan kirimkan kita satu harapan ; harapan untuk kembali kepada-NYA dengan sentuhan ;

Sentuhan hati, terdetik merasakan masih ada sedikit kasih dari-NYA.
Sentuhan akal, masih ada difikiran, memikirkan kewujudanNya.


Ada diantara kita yang hampir sahaja putus asa dengan hidup,
Kawan aku pernah kata ;

"sometime, we give up to say give up."

Sampai satu masa, kita sudah putus asa untuk berputus asa. Sudah tidak pedulikan lagi setiap kecewa yang datang bersilih ganti. Sudah putus asa dengan orang-orang yang menyakitkan hati. Sudah cukup berbagi ruang dan maaf. 

Tetapi tidak Tuhan. Tidak pernah menolak untuk tiap-tiap harapan kita padanya. Cuma mungkin mengambil sedikit masa, supaya kita tidak jemu meminta.

Pengharapan kita ke Tuhan ; membuatkan kita lebih erat dipeluk Tuhan. Membuatkan jiwa-jiwa yang kosong dipenuhi dengan rasa kasihNya. Untuk apa lagi berharap pada yang tidak sudi? Sedang kasih Tuhan tidak berbelah bagi.

Ini merupakan satu pengharapan aku kepada Tuhan.
Untuk terus bergantung harap pada kasih dan sayang. 
Untuk terus memberi harapan pada sebuah penantian.  
Untuk Tuhan sentiasa memeluk erat---,menetapkan hati dan iman.

Dan,

Untuk tidak memberi harapan pada orang-orang yang salah. 


Pengharapan pada Pencipta,
Pergantungan yang tidak pernah silap.

3 comments:

  1. hope. sometimes thats all u have when u have nothing else. if u have it, u have everything. so dont lose hope :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the reminder, jangan berhenti bergantung dgn Allah *_*

    ReplyDelete
  3. :)
    selagi masih hidup harapan tidak akan pernah putus

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)